Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Portal Teknologi AnandTech Umum Penutupan Rasmi Selepas 27 Tahun

Portal Teknologi AnandTech Umum Penutupan Rasmi Selepas 27 Tahun

Diterbitkan Ogos 30, 2024 oleh Amsyar Latif

Satu kejutan besar dalam industri portal teknologi berlaku hari ini di mana AnandTech mengumumkan penutupan secara rasmi.

Pengumuman ini dibuat ketua editornya, Ryan Smith menerusi laman AnandTech sendiri. Dalam satu artikel terakhir itu, beliau menceritakan perjalanan Anandtech dalam industri ini selama 27 tahun.

Penutupan portal ini adalah keputusan syarikat induk mereka sendiri, iaitu Future PLC yang mana antara faktornya disebabkan perubahan landskap dalam journalisme teknologi, cabaran dalam kandungan berkualiti dan juga evolusi media dalam talian.

Bermakna, portal tersebut tidak lagi akan menerbitkan sebarang berita atau ulasan baharu. Walau bagaimanapun, jangan risau kerana portal itu masih lagi kekal dalam talian untuk diakses orang ramai.

Malah, ketua editornya turut mengatakan yang kebanyakan artikel diterbitkan tetap relevan untuk dijadikan rujukan.

Portal Teknologi AnandTech Umum Penutupan Rasmi Selepas 27 Tahun

Bagi pengguna forumnya pula, ia masih lagi berjalan aktif nanti di mana akan diuruskan pasukan komuniti Future dan juga moderator.

“Kepada semua orang yang telah mengikuti AnandTech selama ini, peminat, musuh, pembaca, pesaing, ahli akademik, jurutera, dan hanya mereka yang ingin tahu dari segi teknologi yang ingin belajar lebih lanjut tentang perkakasan kegemaran mereka, terima kasih atas sokongan anda selama ini. Kami tidak dapat mencapai ini tanpa sokongan anda. Terima kasih” Ryan Smith

Buat pengetahuan anda, AnandTech merupakan sebuah portal teknologi dalam talian yang popular khususnya bagi peminat PC. Tambahan lagi, syarikat induknya, Future PLC juga merupakan pemilik portal popular lain termasuk Tom’s Hardware, PC Gamer, Tom’s Guide dan TechRadar.

{suggest}

Sumber: AnandTech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY