Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_PCMAg

Google Play Store Tambah Sokongan Kemas Kini Berbilang Aplikasi Serentak

Diterbitkan Ogos 29, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh Amalina Athman

Google Play Store kini menambah sokongan untuk muat turun kemas kini berbilang aplikasi secara serentak.

Pada April lalu, Google telah pun melancarkan keupayaan untuk muat turun berbilang aplikasi serentak. Akan tetapi, ia hanya terhad untuk pemasangan aplikasi baharu sahaja.

Dengan penambahan baharu ini, ciri itu diperluaskan untuk kemas kini aplikasi. Pastinya, ia menjadi lebih berguna kerana pengemaskinian lebih kerap dilakukan berbanding pemasangan aplikasi baharu.

Setakat yang diketahui, pengguna boleh memuat turun sehingga tiga kemas kini aplikasi serentak melalui Play Store. Sekiranya lebih daripada itu, ia akan menunjukkan status “Pending…”.

Google Play Store_b

Had yang sama juga terpakai untuk muat turun aplikasi baharu, yang sebelum ini hanya terhad kepada dua aplikasi pada satu-satu masa.

Berkaitan

  • Google Play Store Bolehkan Pengguna 'Uninstall' Aplikasi Peranti Yang Disambung
  • Google Play Store Dapat Ciri Baharu, Boleh Memuat Turun Berbilang Aplikasi Serentak
  • Google Play Store Mula Labelkan Aplikasi Rasmi Kerajaan
  • Aplikasi Iman Pro Kini Boleh Dimuat Turun Di Google Play Store

Rujukan: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY