Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

Pemahaman Mengenai Manfaat MyDigital ID Perlu Dipertingkat – Fahmi

Diterbitkan Januari 24, 2025 oleh Amalina Athman

Pemahaman rakyat tentang manfaat MyDigital ID perlu dipertingkat memandangkan sistem itu bukan sahaja memudahkan para pengguna, malah menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata status terkini pelaksanaan MyDigital ID akan diketahui dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) yang dijangka diadakan 12 Februari depan.

Memang terdapat dua isu utama. Pertama ialah tentang meningkatkan pemahaman awam mengenai manfaat sistem log masuk tunggal seperti MyDigital ID, dan keduanya, menggalakkan agensi yang membangunkan aplikasi untuk memanfaatkan sistem log masuk tunggal ini.

Fahmi berkata hasrat kerajaan melalui MyDigital ID adalah untuk membolehkan rakyat menggunakan satu log masuk untuk semua aplikasi kerajaan, supaya mereka tidak perlu memasukkan maklumat peribadi atau membuka akaun baru apabila mengakses platform kerajaan seperti MyJPJ, LHDN dan lain-lain.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim katanya, telah meminta agar pelaksanaan MyDigital ID dipercepat memandangkan beliau tidak berpuas hati tentang pencapaian dan prestasi pelaksanaan MyDigital ID yang telah dibentang pada MED4IR yang terakhir.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • PM Kesal Kelewatan Pelaksanaan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua
  • MyDigital ID Perlu Diperbaharui Setiap Tahun
  • Isu Kelewatan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Secepat Mungkin - Gobind

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY