Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic7 RSR

Porsche Design HONOR Magic7 RSR Kini Di Malaysia, Harga RM6,999

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Selain HONOR Magic7 Pro, HONOR Malaysia kali ini membawa model edisi eksklusif Porsche Design. Rekaannya mencerminkan elemen sporty dan ikonik Porsche, termasuk kerangka tengah berinspirasikan jalur hud kereta sport dan modul kamera heksagon yang menyerupai lampu hadapan Porsche Taycan Turbo S.

Peranti ini dilengkapi skrin LTPO OLED 6.78 inci 120Hz yang menawarkan 1.07 bilion warna, gamut warna DCI-P3 dan beresolusi FHD+. Selain itu, puncak kecerahan HDR adalah 5000nits.

Dari sudut fotografi, ia dilengkapi tiga kamera belakang dengan 50MP lebar, 50MP ultra lebar dan 200MP telefoto 3x zum optikal, 100x zum digital. Sementara, kamera swafoto 50MP + 3D Depth.

Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dan dipadankan bersama memori 24GB dan storan dalaman 1TB.

Lain-lain adalah mirip dengan model pro dengan bateri berkapasiti 5850mAh, menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 80W tanpa wayar, pembesar suara stereo, 5G, Wi-Fi 7, penarafan IP68/IP69, Bluetooth 5.4 dan menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.

Peranti ini dijual pada harga RM6,999 dan akan tersedia bermula 24 Januari depan.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • HONOR, Jenama Telefon Pintar Premium Paling Pesat Berkembang Di Malaysia
  • Google Gemini Akan Jadi Pembantu AI Siri HONOR Magic7
  • HONOR Magic7 Pro Dilancar Dengan Harga Bermula RM4,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY