Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
road block sekatan jalan raya polis

Polis Guna MCOPS Untuk Semak Lesen Dan Cukai Jalan, Jamin ‘Road Block’ Tak Sesak

Diterbitkan Februari 13, 2023 · Dikemas kini Februari 13, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Pengangkutan telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini boleh memaparkan lesen memandu dan kenderaan mereka secara digital melalui aplikasi MyJPJ.

  • Muat turun MyJPJ di Apple App Store
  • Muat turun MyJPJ di Google Play Store
  • Muat turun MyJPJ di Huawei AppGallery

Ramai juga netizen yang menzahirkan yang mereka tidak setuju kerana lebih banyak kerja perlu dilakukan berbanding hanya tampal di cermin kereta.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menguar-uarkan bahawa penguat kuasa masih boleh melakukan semakan nombor kenderaan dan nombor pengenalan melalui peralatan MCOPS (Mobile Computerized On-Line Payment System) yang dibekalkan.

JSPT melalui peralatan MCOPS yang dibekalkan masih boleh melaksanakan penguatkuasaan melalui semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ atau paparan QR Code semakan nombor kenderaan dan nombor pengenalan.

Ini selari dengan penerangan oleh Anthony Loke sendiri semasa mengumumkannya Jumaat lepas.

Beliau telah mengatakan bahawa pegawai akan menyemak sendiri seandainya individu mempunyai masalah menunjukkan lesen fizikal dan digital.

Berkaitan

  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital

Jadi, anda tidak perlu gelabah dengan mengatakan cara lama lebih cekap atau sebagainya. Lagipun, ini hanyalah pilihan. Pelekat cukai jalan dan kad lesen masih terus boleh dipakai.

“Dalam proses interim, kita bagi peluang kepada masyarakat dan lebih kepada advokasi dahulu sehingga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakannya 100 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata beliau yakin pemeriksaan ketika sekatan jalan raya tidak terjejas.

May be an image of 3 people, people standing, car and text
Sumber: PDRM

Tak ada liputan, telefon rosak, screenshot hilang atau bawa kereta milik orang lain? Polis atau pegawai JPJ akan semak sendiri maklumat anda.

Diingatkan, ini hanyalah fasa pertama dan tujuan akhir ialah untuk memudahkan pengguna dan proses penguatkuasaan, termasuklah ketika sekatan jalan raya dilaksanakan.

lesen memandu di myjpj

Di saat rakyat negara jiran sudah menikmati pelaksanaan digital dalam pelbagai sektor, apakah anda juga akan menjadi orang yang mengeluh bila inisiatif pendigitalan dilakukan dan kemudian sama mengadu yang Malaysia terkebelakang dalam teknologi?

Sumber: JSPT, PDRM

Gambar utama: Utusan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY