Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Video Pocophone F1 Dibedah, Memperlihatkan Sistem Penyejukan “LiquidCool”

Pocophone F1 Mula Terima MIUI 11 Tetapi Masih Dengan Android Pie 9

Diterbitkan Oktober 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ketika pelancaran dibuat, Pocophone F1 berjaya menambat hati ramai pengguna peranti pintar dengan spesfikasi baik pada harga yang berbaloi. Diperkenalkan dengan MIUI 9 berasaskan Android Oreo 8.1, ia kemudiannya dinaik taraf kepada MIUI 10 berasaskan Android Pie 9.

Seperti yang telah diumumkan, giliran kemaskini MIUI 11 mula dilepaskan kepada pengguna peranti tersebut tetapi mungkin ada diantara pemilik keliru dengan versi Android yang diterima.

MIUI 11 yang disediakan untuk Pocophone F1 sedikit berlainan dengan sistem yang diberikan pada peranti flagship Xiaomi lain seperti Mi 8, Mi Mix 2s dan Mi Mix 3 yang mana ia berasaskan Android 10.

Namun terdahulu, Xiaomi sedia menjalankan ujian beta MIUI 11 (Android 10) pada Pocophone F1 dan ia mungkin ditawarkan pada masa akan datang.

Selain memberikan MIUI 11, kemaskini bersaiz 1.8GB itu juga mengandungi tampalan sekuriti Oktober 2019. Bagi anda pemilik Pocophone F1 bolehlah mula melihat bahagian System Update untuk kemaskini tersebut.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY