MIUI 11 Bakal Dilepaskan Secara Berperingkat Tidak Lama Lagi

Pengguna peranti Xiaomi di China sudahpun menikmati sistem antaramuka terbaru MIUI 11 dan bakal mengambil giliran adalah pengguna dirantau yang lain. Berkongsi tentang perkara itu, akaun Twitter Xiaomi India telah memuat naik fasa-fasa kemaskini naik taraf melibatkan beberapa model.

Antara model terawal yang akan menerima MIUI 11 adalah Pocophone F1, siri Redmi Note 7, Redmi K20 serta Redmi Y3 dan ia akan bermula pada 22 sehingga 31 Oktober 2019. Fasa seterusnya pula dibuat sekitar 4-12 November dimana ia akan dilepaskan kepada lebih banyak model.



Selain itu, pihak Xiaomi juga menyenaraikan sebahagian ciri yang akan dimuatkan pada kemaskini MIUI 11.



Tarikh yang disenaraikan adalah berdasarkan perancangan ujian semasa dan tarikh sebenar mungkin akan berlainan. Ia akan bermula di India dahulu dan ditawarkan secara berperingkat untuk pengguna lain.