Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X8_08

POCO X8 Turut Dilancarkan – Bateri 8,340mAh, Harga Dari RM1,499

Diterbitkan September 1, 2026 · Dikemas kini September 3, 2026 oleh Amalina Athman

Selain siri POCO F9, POCO hari ini turut memperkenalkan POCO X8 yang hadir dengan bateri berkapasiti besar, skrin AMOLED serta cip Snapdragon 6s Gen 4.

POCO X8 dilengkapi bateri 8,340mAh berasaskan teknologi silikon-karbon dengan kandungan silikon 13%. Menurut POCO, kapasiti ini meningkat 63.2% berbanding model sebelumnya dan mampu menawarkan penggunaan melebihi dua hari dengan sekali pengecasan.

Baterinya turut menyokong 67W HyperCharge serta pengecasan berbalik berwayar sehingga 22.5W.

POCO X8_White_67W charging

Untuk paparan, POCO X8 menggunakan skrin AMOLED 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kecerahan puncaknya mencapai 3,500 nits pada 25% OPR, manakala paparan turut menyokong kedalaman warna 12-bit dan gamut warna DCI-P3.

 

Skrin tersebut dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2 dan mempunyai tiga pensijilan penjagaan mata TÜV Rheinland, termasuk Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly.

Dari segi prestasi, POCO X8 menggunakan Snapdragon 6s Gen 4 berasaskan proses 4nm. Ia digandingkan bersama konfigurasi memori sehingga 12GB LPDDR4X dan storan 256GB berasaskan UFS 3.1.

POCO X8_CPU_Snapdragon 6 Gen 4

Untuk fotografi, POCO X8 membawa kamera utama 50MP dengan OIS dan 2MP depth, serta 16MP swafoto. Ia turut menyokong Dual Video untuk merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak. Beberapa ciri penyuntingan AI turut tersedia, termasuk AI Glare Removal, AI Image Enhancement, AI Beautify, AI Erase Pro dan AI Image Expansion.

Dari segi ketahanan, POCO X8 mempunyai penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K untuk ketahanan terhadap habuk dan air. Ia turut mempunyai ketahanan jatuh sehingga 3 meter yang diperakui SGS di bawah keadaan ujian tertentu.

POCO X8 juga memperkenalkan Underwater Mode untuk kamera. Ciri ini terhad kepada penggunaan dalam air tawar statik pada kedalaman maksimum 2 meter selama sehingga 30 minit di bawah keadaan yang ditetapkan.

POCO X8_01

Peranti ini menjalankan Xiaomi HyperOS 3 dan turut menyokong Xiaomi HyperIsland serta Google Gemini. Ciri lain yang disenaraikan termasuk dua pembesar suara, Dolby Atmos, Bluetooth 5.1 dan sokongan NFC.

POCO X8_White
POCO X8_Black
POCO X8_Orange

POCO X8 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu White, Black dan Orange.

Harga Dan Ketersediaan

Untuk pasaran Malaysia, POCO X8 ditawarkan dalam konfigurasi berikut:

  • 8GB + 256GB – RM1,499 (harga promosi RM1,299)
  • 12GB + 256GB – RM1,699 (harga promosi RM1,499)

POCO X8_1080x1350

Bermula 9 September 2026, pengguna boleh mendapatkan POCO X8 pada harga promosi melalui mi.com serta kedai rasmi POCO di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Berkaitan

  • Siri POCO X8 Pro Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,299
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Siri POCO F9 Kini Rasmi - Kamera 200MP, Sokong Permainan 185FPS, Harga Bermula RM3,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY