Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X8 Pro 2

Siri POCO X8 Pro Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,299

Diterbitkan Mac 17, 2026 · Dikemas kini Mac 17, 2026 oleh ariff bukhari

POCO secara rasmi hari ini memperkenalkan siri baharu POCO X8 Pro di Malaysia, termasuk model POCO X8 Pro Max dan edisi eksklusif POCO X8 Pro – Iron Man Edition.

Siri ini menampilkan cip Dimensity 9500s pada X8 Pro Max, mencatat skor AnTuTu melebihi 3 juta.

Model X8 Pro pula dipacu Dimensity 8500-Ultra dengan peningkatan GPU sebanyak 25%.

Kedua-duanya menyokong ray tracing peringkat perkakasan untuk pengalaman gaming lebih realistik.

Bateri menjadi kelebihan utama dengan X8 Pro Max hadir dengan kapasiti 8,500mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari, manakala X8 Pro menggunakan bateri 6,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W HyperCharge.

POCO X8 Pro 1
POCO X8 Pro 3

Dari segi paparan, siri ini dilengkapi skrin AMOLED  dengan kadar segar semula 120Hz di mana POCO X8 Pro Max mempunyai paparan 6.83 inci, manakala POCO X8 Pro dilengkapi dengan paparan 6.59 inci,

Reka bentuk premium dengan kaca Gorilla Glass 7i dan perlindungan IP66-IP69 menjadikan siri ini tahan lasak.

OCO X8 Pro Max |

Kamera utama 50MP bersama sensor Sony dan Light Fusion 600 meningkatkan kualiti fotografi.

POCO X8 Pro Series hadir dengan varian 8GB+256GB dan 12GB+512GB dengan harga jualan bermula RM1,499.

Tapi sempena pelancaran, POCO X8 Pro Series ditawar pad a Harga promosi yang bermula dari RM1,299 hingga RM1,799.

POCO X8 Pro_1200x1200
POCO X8 Pro Max_1200x1200
POCO X8 Pro Iron Man_1200x1200
Siri POCO X8 Pro Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,299

 

Beli POCO X8 Pro Series dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnbz4o
  • Lazada – https://invl.me/clnbz4k

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HUAWEI Mate 80 Pro Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM3,999
  • HUAWEI WATCH Ultimate 2 Tiba Di Malaysia Pada Harga RM3,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
©2026 WISER.MY