Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (83)

POCO C75 5G Rasmi Di India – Cip Snapdragon 4s Gen 2, Harga Bawah RM500

Diterbitkan Disember 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi baru sahaja melancarkan telefon pintar mampu milik terbaharu di India di bawah jenama POCO, iaitu POCO C75 5G. Telefon ini merupakan varian 5G bagi model C75 4G yang diperkenalkan bulan lalu, dan juga versi dijenamakan semula untuk Redmi A4.

POCO C75 5G hadir dengan paparan LCD bersaiz 6.88 inci, resolusi 720p, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak sehingga 600 nits. Di dalam, peranti ini menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 4s Gen 2 yang menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 5, dan Bluetooth 5.3, tetapi tiada ciri NFC seperti varian 4G.

poco c75

Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP, sensor kedalaman, dan kamera swafoto 5MP. Untuk ketahanan, telefon ini menggunakan bateri besar 5,160mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Ia juga dilengkapi pengimbas cap jari di bahagian sisi.

POCO C75 5G menjalankan HyperOS berasaskan Android 14 dengan jaminan dua kemas kini Android utama. Di India, telefon ini ditawarkan pada harga INR7,999 (~RM424) untuk varian 4GB+64GB.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran di Malaysia, tetapi Xiaomi sebelum ini pernah menjual model yang sama di bawah jenama POCO dan Redmi di pasaran tempatan.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • (Ulasan) iQOO 13 - Telefon 'Gaming' Yang Ada Dua Cip
  • TM, Petronas Dan Gentari Jalin MoU Untuk Pacu Transformasi Digital Dan Inovasi Mampan Untuk Industri Dan Negara
  • U Mobile Menang Anugerah Syarikat Terbaik Malaysia 2024
  • Ini Senarai 25 Lokasi/Waktu Pengaktifan 'Smart Lane' Di Lebuhraya PLUS Dari 20 Dis 2024 - 2 Jan 2025

Sumber: flipkart

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY