Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO Kini Syarikat Beroperasi Bebas Tidak Lagi Di Bawah Xiaomi

Laman Sesawang POCO Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 31 Disember 2024

Diterbitkan Oktober 13, 2024 · Dikemas kini Oktober 13, 2024 oleh ariff bukhari

Untuk pengetahuan anda, POCO telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup laman sesawang rasmi mereka (po.co) pada 31 Disember 2024.

Penutupan itu meliputi tapak di bawah domain po.co— termasuk tapak global (/global) serta tapak serantau (seperti /uk dan /fr).

Walau bagaimanapun, peminat Poco tidak perlu risau kerana penutupan laman sesawang ini bukan menandakan Poco hilang sepenuhnya.

Ini kerana barisan produk jenama itu akan berpindah ke laman sesawang Xiaomi.

“…kami memindahkan semua halaman produk dari laman POCO ke laman mi.com.”

Ini bermakna, semua laman web di bawah domain www.po.co/global/ nanti akan dikenali sebagai “Laman POCO” di bawah domain www.mi.com/global/”.

poco my
Laman muka POCO Malaysia memang sudah di bawah Xiaomi Malaysia.

Pemindahan itu melibatkan halaman produk, perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan selepas jualan, dan produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan pada masa ini.

POCO dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan mereka itu adalah untuk menyediakan rangkaian produk yang lebih luas dan perkhidmatan yang lebih besar kepada semua peminat jenama itu.

POCO turut memaklumkan, produk yang telah dibeli dari tapak web po.co tempatan dan aplikasi POCO Store akan terus menikmati perkhidmatan pelanggan dan selepas jualan daripada Xiaomi.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ini Senarai Terkini Peranti Xiaomi, Redmi Dan POCO Yang Dijangka Akan Terima HyperOS 2.0
  • PUBG MOBILE X Venom Bermula 18 Oktober Ini

Sumber: POCO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY