Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X5 siri

POCO X5 Pro Rasmi, Cip Snapdragon 778G Pada Harga Bermula RM1299

Diterbitkan Februari 6, 2023 · Dikemas kini Februari 5, 2023 oleh Amsyar Latif

Pejam celik, pejam celik, sudah banyak peranti di bawah jenama POCO dilancarkan. Jika dahulu dikenali sebagai pembunuh siri andalan, kini mereka memperluaskan lagi ke segmen pertengahan. Terbaru, POCO melancarkan siri kelas pertengahan baharu, iaitu POCO X5 5G dan POCO X5 Pro 5G.

POCO X5 Pro 5G

POCO X5 Pro 5G_1

Bagi anda yang ada bajet lebih dan mahukan berkuasa, teruskan membaca pada bahagian ini. POCO X5 Pro 5G dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 778G yang mana dipadankan memori 6GB/8GB LPDDR4X berserta storan dalaman 128GB/256GB UFS 2.2.

Kamera belakangnya terdiri dengan 108MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Sementara 16MP ditugaskan lensa swafoto.

Di dalam ia dibekalkan kuasa sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W yang  dimana palam pengecas diberikan sekali dari dalam kotak.

Melengkapkan pengalaman hiburan anda, paparan seluas 6.67 FHD+ inci AMOLED ditawarkan dengan resolusi 2400×1080 yang turut menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Selain gamut warna DCI-P3, warna 10 bit, skrin ini juga dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

Antara lainnya adalah menjalankan MIUI 14 untuk POCO, dwi-pembesar suara, NFC, IR blaster, pengimbas cap jari dan satu fungsi yang sudah jarang kita lihat, iaitu bicu audio 3.5mm.

Berkaitan

  • WhatsApp iOS Kini Menyokong 'Picture in Picture' Untuk Panggilan Video
  • U Mobile Mula Tawar Pakej Perpaduan Prabayar Hujung Februari
  • Pakej Perpaduan: Time Sediakan 100Mbps Pada RM69/Bulan Untuk Penduduk PPR
  • Unifi Mobile Turunkan FUP Kepada 60GB, 'Hotspot' Dipotong 50%
  • Yes: 'Hotspot' Kini Merangkumi Penggunaan 5G Tapi Kuotanya Dinaikkan

POCO X5 5G

POCO X5 5G

Beralih pada model yang sedikit mesra bajet, POCO X5 5G dilengkapi cip Snapdragon 695, memori 6GB/8GB serta storan 128GB/256GB.

Paparannya adalah seluas 6.67 inci FHD+ AMOLED dengan resolusi 2400×1080 berserta kadar penyegaran sehingga 120Hz. Namun, ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Bekalan kuasanya sama sahaja dengan varian Pro, iaitu 5000mAh tetapi kelajuan mengecas adalah 33W.

Tiga tetapan kamera di belakang merangkumi 48MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Manakala kamera hadapan adalah 13MP.

Lain-lain hampir sama juga, iaitu NFC, IR blaster, pengimbas cap jari serta bicu audio 3.5mm. Namun, ia menjalankan MIUI 13 untuk POCO.

Harga

Ramai yang ternanti-nanti akan harganya, berikut merupakan harga jualan rasminya di Malaysia.

POCO X5 Pro

  • 6+128GB – RM1299
  • 8+256GB – RM1499

POCO X5

  • 6+128GB – RM999
  • 8+256GB – RM1199

Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan kesemua peranti tersebut dengan RM100 lebih murah bermula 9 Februari ini tetapi tertakluk kepada siapa cepat dia dapat serta sementara stok masih ada.

Bermakna, POCO X5 Pro 5G boleh dibeli serendah RM1199 dan POCO X5 pula serendah RM999.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY