Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
uni5g unifi 5g

Unifi Mobile Turunkan FUP Kepada 60GB, ‘Hotspot’ Dipotong 50%

Diterbitkan Februari 4, 2023 · Dikemas kini Februari 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Unifi Mobile dalam diam sudah mengemas kini pelan prabayar bulanan RM35 mereka. Mulai 9 Februari 2023, pengguna akan menerima FUP dan hotspot yang lebih rendah.

Pada bulan Disember lepas, pelan tersebut ditetapkan FUP pada 100GB untuk 4G bersama-sama kadar kelajuan maksimum 5Mbps.

Kali ini, sudahlah 60GB, malah tertakluk pada kedua-dua penggunaan 4G dan 5G.

FUP baharu (4G dan 5G)

  • Pelan bulanan (RM35) – 100GB 60GB
  • Pelan mingguan (RM12) – 20GB
  • Pelan harian (RM3) – 10GB

Menurut FAQ disediakan Unifi, percubaan rangkaian 5G tempoh hari tamat pada 8 Februari 2023.

unifi 5g trial 2

Bukan itu saja, malah kuota hotspot untuk pelan bulanan RM35 juga dikurangkan separuh daripada ditawarkan sebelum ini. Sama juga, kesemua hotspot juga sekarang berdasarkan penggunaan 4G dan 5G.

Kuota hotspot baharu (4G dan 5G)

  • Pelan bulanan – 10GB 5GB
  • Pelan mingguan – 20GB
  • Pelan harian – 10GB

Dengan FUP setakat 60GB, ada bagusnya Unifi buang saja nama label ‘unlimited’ pada pelan Unifi Mobile prabayar ini dan berhenti berpura-pura.

unifi fup 4g
Struktur penggunaan yang lama yang ditetapkan pada Disember 2022.

Dulu tanpa had, kemudian dengan FUP 100GB, kini dalam masa 2 bulan diturunkan 60GB.

Digi sebagai contoh juga sudah menurunkan kuota FUP daripada 999GB ke 600GB, yang mana masih munasabah untuk penggunaan sebulan.

Berkaitan

  • Ini Senarai Peranti Yang Sokong 5G Untuk Unifi Mobile
  • Pelanggan Unifi Mobile Bakal Nikmati Data 5G Percuma Tanpa Had Dan Berpeluang Terima Rebat RM50
  • Prabayar Unifi Pun Dah Ada FUP 4G Dan Kelajuan Maksimum 5Mbps, Berkuat Kuasa Hari Ini

Kementerian Komunikasi dan Digital baru saja mengumumkan Pakej Perpaduan untuk prabayar dan jalur lebar tetap untuk membantu golongan memerlukan, namun kini TM menurunkan pula FUP.

Dengan 60GB sebulan, pengguna kini hanya mendapat purata 2GB sehari.

Tuan, puan, apakah internet masih lagi sebuah kemewahan di Malaysia sewaktu jiran-jirannya sudah mula membangun pesat segenap sudut?

Sumber: Unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY