Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
time 100mbps pakej perpaduan

Pakej Perpaduan: Time Sediakan 100Mbps Pada RM69/Bulan Untuk Penduduk PPR

Diterbitkan Februari 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selari dengan pengumuman kerajaan berkenaan pelan jalur lebar tetap dengan harga serendah RM69/bulan (Pakej Perpaduan), Time menjadi syarikat pertama mengesahkan tawaran mereka.

Image

Melaluinya, pelan sedia ada iaitu Pakej MyKabel berkelajuan 100Mbps yang berharga RM99 akan diberi rebat sebanyak RM30 lantas menjadikannya RM69 sebulan.

Syaratnya, perlu dilanggan dengan kontrak selama 24 bulan.

time 100mbps 2

Kata Time, ia disediakan untuk penduduk program perumahan rakyat (PPR) yang mempunyai liputan mereka.

Setakat ini, ia melibatkan:

  • PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
  • PPR Kota Damansara, Selangor
  • PPR Lembah Subang, Selangor
  • PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
  • PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
  • PPR UDA Utama, Johor
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)

Syarikat itu berkata mereka akan meluaskan tawaran ini secara berperingkat pada lebih banyak kawasan terpilih di seluruh negara.

Berkaitan

  • KKD Umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih
  • KKD Dijangka Umum Beberapa Penambahbaikan Pelaksanaan 5G Sebelum Hujung Mac Ini
  • 22% Lebih Murah, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Diperkenal Dengan Harga RM69/Sebulan
  • U Mobile Mula Tawar Pakej Perpaduan Prabayar Hujung Februari

Anda yang berminat boleh melanggan bermula bulan Mac depan dan ia akan ditawarkan sehingga Disember 2023.

Beberapa hari lalu, KKD berkata syarikat telekomunikasi akan menawarkan pelan di bawah Pakej Perpaduan Jalur Lebar yang menumpukan golongan B40, OKU, veteran tentera dan polis dan warga emas.

Sumber: Time

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY