Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri OPPO Reno14 Akan Dilancar 1 Julai – Prapesan Kini Dibuka

Siri OPPO Reno14 Akan Dilancar 1 Julai – Prapesan Kini Dibuka

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 24, 2025 oleh Amalina Athman

OPPO Malaysia mengesahkan siri telefon pintar terbaharu mereka, OPPO Reno14, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Julai 2025.

Tiga model akan diperkenalkan iaitu Reno14 Pro, Reno14 dan Reno14 F. Siri baharu ini hadir dengan rekaan baharu dikenali sebagai ‘Iridescent Mermaid Design’ yang menampilkan kemasan berkilau dengan kesan warna berubah mengikut sudut cahaya.

Selain itu, siri Reno14 turut dilengkapi sistem AI Flash Photography yang dikatakan mampu menghasilkan gambar lebih jelas dalam persekitaran gelap, termasuk untuk potret atau suasana waktu malam.

Menjelang pelancaran tidak lama lagi, prapesan siri OPPO Reno14 kini dibuka sehingga 30 Jun 2025. Pengguna yang membuat prapesan berpeluang menerima ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,396 serta rebat segera sehingga RM200.

Reno14 Series – Pre Order (1)
Reno14 Series – Pre Order (2)
Reno14 Series – Pre Order (3)
Reno14 Series – Pre Order (4)

Dalam pada itu, OPPO Malaysia juga bekerjasama dengan Warner Music Malaysia untuk menganjurkan OOO Music Festival sempena pelancaran rasmi siri OPPO Reno14. Festival tersebut bakal menghimpunkan beberapa artis tempatan termasuk Noh Salleh, Masdo, Steady Gang, Priscilla Abby dan Iman Troye.

Siri OPPO Reno14 Akan Dilancar 1 Julai – Prapesan Kini Dibuka

Tiket ke OOO Music Festival dijual pada harga RM50 manakala maklumat lanjut berkaitan prapesan siri OPPO Reno14 boleh didapati menerusi laman rasmi OPPO.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • OPPO Find X8 Ultra Dilancarkan - Snapdragon 8 Elite, Naik Taraf Lensa Periskop
  • OPPO Pad SE Kini Di Malaysia – Tablet RM599 Dengan Skrin Anti-Silau Dan Mod Kanak-Kanak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY