Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

POCO C81 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Skrin 6.9-Inci, Bateri 6,000mAh Dan HyperOS 3, Harga Bermula RM399

Posted on Mei 21, 2026Mei 21, 2026

POCO hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar bajet terbaharunya, POCO C81 Pro, untuk pasaran Malaysia. Peranti ini menjadi model pertama dalam siri-C POCO yang dikuasakan sistem operasi terbaharu Xiaomi HyperOS 3.

Ia direka bagi menawarkan pengalaman penggunaan harian yang lancar serta kecekapan interaksi merentasi pelbagai peranti di dalam ekosistem Xiaomi melalui ciri Xiaomi Interconnectivity dan Xiaomi HyperIsland.

Tumpuan utama peranti ini terletak pada skrin gergasi Sunlight Display bersaiz 6.9 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan tahap kecerahan puncak sehingga 800 nits.

Bagi meningkatkan keselesaan, skrin ini dilengkapi dengan pengiktirafan perlindungan mata daripada TÜV Rheinland serta teknologi Wet Touch 2.0 yang membolehkan skrin kekal responsif walaupun disentuh dengan jari yang basah atau berminyak.

Dari segi reka bentuk, POCO C81 Pro tampil nipis dengan ketebalan 8.15mm dan berat 208g bersama kemasan gelang kamera berkilat yang memberikan sentuhan premium.

Untuk prestasi, ia dikuasakan oleh cip Unisoc T7250 bersama sokongan storan UFS 2.2, 4GB RAM serta ciri penambahan RAM maya sehingga 8GB.

Spesifikasi ini dipadankan pula dengan bateri gergasi berkapasiti 6,000mAh yang mampu bertahan sehingga lebih dua hari penggunaan dengan ketahanan jangka hayat bateri yang kekal optimum sehingga 1,000 kitaran cas.

Dari aspek fotografi, peranti ini dilengkapi sistem dwi-kamera AI 13MP dengan peningkatan kemasukan cahaya sebanyak 13%, manakala kamera hadapannya hadir dengan lensa 8MP yang menyokong Night Mode.

Menariknya, POCO C81 Pro turut disuntik dengan ciri pintar premium seperti Google Gemini dan Circle to Search. Di Malaysia, peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Green, Gold, dan Black, serta boleh dibeli bermula hari ini menerusi stor dalam talian rasmi mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop pada harga promosi pengenalan serendah RM389.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress