Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 17T official launch 28 may

Siri Xiaomi 17T Bakal Dilancarkan 28 Mei Ini

Diterbitkan Mei 18, 2026 ยท Dikemas kini Mei 22, 2026 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini mengesahkan siri Xiaomi 17T secara rasmi bakal dilancarkan untuk pasaran global, termasuk Malaysia, pada 28 Mei 2026.

The wait is almost over. It's finally happening. #Xiaomi17TSeries launches May 28th. ๐ŸŸ ๐Ÿ“ท๐Ÿ”ด
Mark your calendars for our biggest T Series upgrade yet!#XiaomiMalaysia pic.twitter.com/3xo3Kow70X

— Xiaomi Malaysia (@XiaomiMalaysia) May 18, 2026

Pada masa ini, Xiaomi masih belum mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai model-model yang bakal diperkenalkan. Namun, Xiaomi 17T Pro telah pun tersenarai dalam pangkalan data SIRIM. Selain model Pro, siri ini juga bakal hadir dengan model standard Xiaomi 17T.

Berdasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, Xiaomi 17T dijangka dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8500 Ultra, manakala Xiaomi 17T Pro pula dikatakan menggunakan cip Dimensity 9500. Kedua-dua model dijangka hadir dengan 12GB RAM serta pilihan storan 256GB dan 512GB.

Selain itu, kedua-dua peranti ini dikatakan akan menggunakan sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dengan sokongan zum optikal 5x, serta kamera ultra lebar 12MP.

Walau bagaimanapun, semua maklumat ini masih berdasarkan laporan tidak rasmi dan spesifikasi sebenar hanya akan diketahui pada hari pelancaran nanti.

Sehingga itu, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada Xiaomi, termasuk harga rasmi dan ketersediaan siri Xiaomi 17T untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Xiaomi 17 Ultra Dan Leica Leitzphone Dilancar Dengan Fokus Fotografi Profesional, Harga Bermula RM5,499
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Xiaomi 17T Pro Terima Kelulusan SIRIM, Dijangka Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi
  • Spesifikasi Penuh Xiaomi 17T, Xiaomi 17T Pro Didakwa Tertiris

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY