Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PMX AI by Anwar Ibrahim

PMX AI Tidak Boleh Diakses Buat Sementara, Sistem Sedang Dinaik Taraf

Diterbitkan Julai 20, 2026 · Dikemas kini Julai 21, 2026 oleh Amalina Athman

Kemas kini 21 Julai 2026, 11.58 pagi: Perkhidmatan PMX AI masih belum tersedia dan pengguna masih tidak dapat mengaksesnya.

PMX AI WhatsApp_02


Beberapa hari selepas diperkenalkan kepada orang ramai, PMX AI kini tidak tersedia buat sementara waktu apabila sistemnya sedang menjalani proses naik taraf.

Pengguna yang cuba mengakses avatar AI Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui WhatsApp akan melihat notis yang memaklumkan perkhidmatan tersebut sedang menjalani penambahbaikan dan naik taraf sistem, serta dijangka kembali beroperasi pada 20 Julai 2026, jam 8:00 malam.

naik taraf sistem PMX AI by Anwar Ibrahim

Terdahulu, PMX AI dilancarkan sebagai saluran interaksi digital yang membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan “kembar digital” Anwar Ibrahim menerusi WhatsApp. Ia dibangunkan untuk membolehkan pengguna berkongsi pandangan, kebimbangan serta aspirasi melalui perbualan berasaskan AI.

Antara perkara yang boleh dilakukan menerusi PMX AI termasuk mendapatkan maklumat berkaitan dasar kerajaan, ekonomi dan perkhidmatan awam dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau beberapa dialek tempatan. Akan datang, PMX AI juga bakal dilengkapi kemahiran agentik untuk membantu urusan seperti pembaharuan lesen memandu dan pembayaran digital.

Buat masa ini, pengguna perlu menunggu sehingga perkhidmatan tersebut kembali beroperasi sebelum boleh berinteraksi dengan PMX AI seperti biasa.

Berkaitan

  • JAKIM Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus AI Patuh Syariah Pertama Dunia
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • PMX AI Kini Rasmi, Rakyat Boleh Berinteraksi Dengan Avatar AI Anwar Ibrahim Di WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY