Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix HOT 60 pro+

Inifinix Pegang Rekod Dunia Guinness “Telefon Pintar Ternipis Dengan Paparan 3D Melengkung”

Diterbitkan Ogos 26, 2025 · Dikemas kini Ogos 26, 2025 oleh ariff bukhari

Infinix telah mencatat sejarah baharu apabila memahat jenama mereka di dalam Rekod Dunia Guinness.

Menerusi model Infinix HOT 60 Pro+, telefon pintar terbaru mereka itu secara rasminya diiktiraf sebagai “Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia Dengan Paparan 3D Melengkung”.

Telefon pintar ini mencatatkan ukuran ketebalan hanya 6.0920 mm (0.2398 in).

infinix HOT 60 Pro+
Ketebalan tersebut tidak termasuk bonggol kamera Infinix HOT 60 Pro+. Ia hadir dalam 2 varian iaitu 16GB Extended RAM + storan 256GB Storage dan 16GB Extended RAM + storan 128GB Storage.

Ukuran ini telah disahkan oleh makmal bertauliah ILAC di Jakarta, Indonesia pada 15 Ogos lalu yang memastikan proses pengukuran mematuhi piawaian global tertinggi.

Pencapaian rekod dunia ini sekali gus menjadi simbol inovasi dan kebanggaan buat Infinix di peringkat antarabangsa.

Dengan rekod ini, Infinix bukan sahaja memperkukuh reputasinya dalam dunia teknologi mudah alih, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam rekaan telefon pintar ultra-nipis dengan paparan premium 3D melengkung.

Infinix HOT 60 Pro+ telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Julai 2025 lepas, namun model ini belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Buat masa ini hanya siri Infinix HOT 60 5G sahaja yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula RM499.

Beli Infinix HOT 60 5G dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmx7z2
  • Lazada – https://invl.me/clmx7z9

Berkaitan

  • Siri Infinix HOT 60 Kini Di Malaysia, Sokong Komunikasi Tanpa Rangkaian Mudah Alih
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Android Dan iPhone Akhirnya Akan Boleh Berkongsi Fail

Sumber: Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY