Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Tawar Permainan Percuma Dan Diskaun Sehingga RM480

PlayStation Tawar Permainan Percuma Dan Diskaun Sehingga RM480

Diterbitkan Mei 29, 2026 · Dikemas kini Mei 29, 2026 oleh ariff bukhari

Days of Play kembali lagi tahun ini, berlangsung dari 27 Mei hingga 10 Jun 2026 di seluruh Asia Tenggara.

Sepanjang dua minggu ini, pemain PS akan menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk diskaun besar, kandungan eksklusif PlayStation Plus, serta kejohanan e-sukan dengan hadiah lumayan.

PlayStation Tawar Permainan Percuma Dan Diskaun Sehingga RM480

Untuk ahli PlayStation Plus, bulan Jun menawarkan permainan percuma seperti Grounded Fully Yoked Edition, Nickelodeon All-Star Brawl 2, dan Warhammer 40,000: Darktide.

PlayStation Tawar Permainan Percuma Dan Diskaun Sehingga RM480

Tambahan pula, EA Sports FC 26 boleh dimuat turun sehingga 16 Jun.

Bermula 9 Jun pula, katalog permainan akan ditambah dengan Destiny 2: Legacy Collection (2025) bersama tambahan The Final Shape.

Ahli juga boleh mencuba lebih 40 permainan indie serta pek bonus eksklusif.

Selain itu, terdapat potongan harga besar untuk perkakasan dan permainan PS5 termasuklah:

  • PlayStation VR2 -diskaun RM480
  • Fon kepala tanpa wayar Pulse Elite – diskaun RM180
  • Pengawal tanpa wayar DualSense Edge – diskaun RM130
  • Pengawal tanpa wayar DualSense – diskaun RM54
  • Tawaran untuk judul PS5 popular (dalam cakera) seperti Ghost of Yōtei, DEATH STRANDING 2: ON THE BEACH, Astro Bot dan Stellar Blade.

Keahlian PlayStation Plus 12 bulan juga boleh dinaik taraf dengan diskaun sehingga 33%.

Pastikan anda menyemak laman web Days of Play 2026 untuk kemas kini berkala dari 27 Mei hingga 10 Jun.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Piala Dunia Esports 2026 Dipindahkan Ke Paris
  • ASUS ProArt PZ14 Dikuasakan Snapdragon X2 Elite Kini Di Malaysia, Harga Dari RM9,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY