Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ProArt PZ14

ASUS ProArt PZ14 Dikuasakan Snapdragon X2 Elite Kini Di Malaysia, Harga Dari RM9,999

Diterbitkan Mei 26, 2026 · Dikemas kini Mei 26, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS hari ini mengumumkan ketersediaan tablet paling berkuasa mereka, ASUS ProArt PZ14, di Malaysia.

Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon X2 Elite 18-teras, bersama NPU sehingga 80 TOPs, ProArt PZ14 direka khas untuk memperkasakan aliran kerja kreatif dengan prestasi dipacu AI yang lancar.

Pengalaman visual turut dipertingkatkan dengan skrin sentuh ASUS Lumina Pro OLED, menawarkan kecerahan sehingga 1000-nit, kadar segar semula 144Hz, ciri anti-silau, dan penjagaan mata.

Untuk fleksibiliti, tablet ini turut dilengkapi dengan aksesori serba lengkap termasuk ASUS Pen 3.0 dan papan kekunci/penutup pendiri Bluetooth yang boleh ditanggalkan.

PZ14 Scenario photo_03
Meskipun nipis (9mm) dan ringan (0.79kg), ProArt PZ14 dibina untuk ketahanan dengan penarafan IP52 dan ujian ketahanan MIL-STD-810H.
PZ14 Scenario photo_07
PZ14 Scenario photo_02

Tersedia dalam dua konfigurasi , kedua-duanya menampilkan Snapdragon X2 Elite dengan RAM 16GB  dan 512GB pada harga RM9,999, dan varian 32GB RAM / 512GB pula pada harga RM11,999.

ASUS ProArt PZ14 akan mula tersedia di Malaysia bermula 27 Mei ini.

Beli barisan model ASUS terbaru dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnhbs9
  • Lazada – https://invl.me/clnhbs7

Berkaitan

  • ASUS ProArt P16 Untuk Pencipta Kandungan, Harga Dari RM12,999
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ASUS Umum Monitor ProArt OLED Baharu Untuk Profesional, Harga Dari ~RM9,400
  • Siri Snapdragon X2 Dilancar, Sokongan Aplikasi Lebih Luas, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY