Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Tidak Rancang Sekat Platform Media Sosial Jika Gagal Mohon Lesen – Fahmi

Diterbitkan November 7, 2024 · Dikemas kini November 7, 2024 oleh Rushsyafizal

Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat akses platform pesanan internet dan media sosial yang gagal mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing selepas 1 Januari tahun hadapan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Itu (sekatan akses) adalah last resort (langkah terakhir) untuk dibuat, kita tidak mahu kearah itu. Apa yang kita mahu ialah bukan sekadar internet yang laju tetapi platform internet yang selamat kepada kanak-kanak dan keluarga.

Beliau turut berkata keperluan pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dan talian yang lebih selamat kepada pengguna platform.

Menurut beliau lagi kementerian bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melakukan banyak sesi libat urus bagi memastikan tidak berlaku pertindihan antara Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan rang undang-undang.

Kedua-dua peraturan ini adalah bersifat complementary (saling melengkapi) antara satu sama lain

Kerajaan akan memberikan kebebasan dalam media sosial seperti kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat. Namun, ia bukan bermakna kandungan yang melanggar undang-undang boleh disebarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira peruntukkan perundangan.

Pelaksanaan kerangka pelesenan ini bertujuan untuk menangani isu-isu jenayah dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan, malah pelesenan juga tidak akan menjejaskan pengguna.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • iOS 18.2 Boleh Benarkan Pengguna Percayakan Komputer Baharu Dengan Face ID
  • MARii Akan Perkenal Standard Pertukaran Bateri EV Dua Roda Akhir Tahun Ini
  • Konsol PlayStation 5 Pro Boleh Dibeli Hari Ini Pada Harga RM3,849
  • Ini Sebab Pentingnya Mohon STR 2025 Lebih Awal
  • APAD Keluar Larangan Sementara Penggunaan Soket Dalam Bas Ekspres - Loke

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY