Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media 2024_

Kod Tatalaku, Pengendali Media Sosial Diberi Masa Sebulan Untuk Beri Maklum Balas

Diterbitkan November 11, 2024 oleh Rushsyafizal

Kerajaan memberi tempoh sebulan kepada semua pengendali media sosial untuk mendaftar kod tatalaku pelesenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, langkah ini penting untuk memastikan platform luar negara melindungi hak pengguna Malaysia secara menyeluruh.

Pengendali media sosial sedang memberikan maklum balas terhadap draf kod tatalaku tersebut, namun beberapa pihak dilihat enggan mematuhi arahan ini, seolah-olah mereka lebih besar daripada negara berdaulat

Beliau menegaskan bahawa pengendali media sosial perlu bersikap adil kepada semua pengguna dan menghormati peraturan tempatan yang dikuatkuasakan oleh MCMC.

Walaupun sebelum ini Fahmi menyatakan kerajaan tidak bercadang untuk menyekat akses kepada mana-mana platform, beliau kini menegaskan bahawa platform yang gagal mendaftar akan menerima kesan seperti dikenakan tindakan, atau denda atau langkah lain yang lebih tegas.

Dalam perkembangan lain, Fahmi juga meninjau operasi menara JENDELA di Kampung Sungai Aur dan memaklumkan bahawa hanya satu syarikat telco, U Mobile, menunjukkan prestasi cemerlang dengan 78 daripada 81 menara JENDELA berjaya disiapkan mengikut jadual. Di samping itu, projek SMART oleh kerajaan Sarawak telah menyaksikan 325 daripada 600 menara siap dibina.

Sebanyak RM42 juta dana telah diperuntukkan untuk menyegerakan pengoperasian menara tersebut bagi meningkatkan kesalinghubungan dan mempercepatkan akses digital bagi penduduk Sarawak.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • U Mobile Dan Straits Mobile Investment Setuju Kurangkan Saham Asing
  • Aplikasi Kendiri Google Gemini Kelak Akan Tersedia Untuk iOS
  • U Mobile Siapkan 78 Daripada 81 Projek Menara JENDELA Yang Diberi

Sumber: Berita rtm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY