Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pisau Ultrasonik Pertama Di Dunia Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,584

Pisau Ultrasonik Pertama Di Dunia Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,584

Diterbitkan Januari 7, 2026 · Dikemas kini Januari 7, 2026 oleh ariff bukhari

C-200 Ultrasonic Chef’s Knife ialah pisau dapur pertama di dunia yang menggunakan teknologi ultrasonik.

Ia direka khas untuk tukang masak rumah dengan keupayaan getaran lebih 30,000 kali sesaat yang memudahkan anda memotong bahan sehingga 50% kurang tenaga.

Malah ia mengurangkan makanan melekat pada bilah, serta memudahkan ia dibersihkan.

C-200 Misting Action
Bilah pisau ini diperbuat daripada keluli Jepun AUS-10 tiga lapisan (san mai) dengan kekerasan 60HRC dan sudut tajam 13 darjah setiap sisi.

Pisau ini dilengkapi bateri litium-ion 1100mAh, boleh tanggal dicas melalui USB-C.

Dengan kuasa 10W dan ketahanan air IP65, ia sesuai digunakan di dapur moden.

C-200 On Cutting Board

Harga pra-tempahan ditetapkan pada RM1,584 dengan penghantaran bermula Mac 2026.

Tetapi, untuk lengkap dengan aksesori jubin pengecas tanpa wayar kayu mahogani, ia dijual pada harga RM1,921.

Pra tempah C-200 Ultrasonic Chef’s Knife ini boleh dibuat melalui laman rasmi Seattle Ultrasonics.

Berkaitan

  • Nissan Hasilkan Pisau Sushi Diinspirasikan Dari Model Z NISMO
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY