Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu

Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu

Diterbitkan Januari 7, 2026 · Dikemas kini Januari 7, 2026 oleh ariff bukhari

Verge Motorcycles dari Finland mencipta sejarah apabila melancarkan TS Pro, motosikal elektrik pertama dunia menggunakan bateri keadaan pepejal.

Teknologi motosikal ini menjanjikan jarak sehingga 370 batu (~595 km) sekali cas, dan hanya 10 minit pengecasan, ia mampu menambah julat sejauh 186 batu (~300km) lagi.

Tapi, keunikan sebenar TS Pro adalah terletak pada motor “donut” tanpa habnya yang mampu menghasilkan sehingga 137 kuasa kuda dan 1,000 Nm tork, menjadikannya antara motosikal elektrik paling berkuasa di pasaran ketika ini.

Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu
Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu
Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu
Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu
Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu

Reka bentuk modular dan komponen premium menjadikan TS Pro mudah diselenggara serta sedia untuk dinaik taraf.

Ciri keselesaan seperti posisi tunggangan boleh laras serta mod tunggangan berbeza yang boleh disesuaikan dengan gaya setiap penunggang juga tersedia.

Tempahan untuk Verge TS Pro ini sudah pun dibuka dengan harga asas bermula €29,900 (~RM141 ribu).

Selain model ini, terdapat juga model Verge TS Ultra yang lebih berprestasi dengan harga jualan bermula dari €44,900 (~RM226,700).

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pelajar UMPSA Cipta Sistem Pintar Kurangkan Risiko Kecurian Motosikal
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY