Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Z NISMO Precision Sushi Knife – 1

Nissan Hasilkan Pisau Sushi Diinspirasikan Dari Model Z NISMO

Diterbitkan Mac 26, 2025 ยท Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh ariff bukhari

Nissan telah bekerjasama dengan tukang pisau legenda Kiryu dan cef sushi terkenal, Chef Hiroyuki “Chef Hiro” Terada, untuk menghasilkanpisau sushi yang dikenali sebagai Z NISMO Precision Sushi Knife.

Pisau ini diinspirasikan oleh kejuruteraan berprestasi tinggi dari model kereta Nissan Z NISMO, yang menekankan ketepatan dan inovasi.

Nissan Hasilkan Pisau Sushi Diinspirasikan Dari Model Z NISMO
Knife – in box (1)
Setiap Pisau Sushi Z NISMO ini dinomborkan secara individu dan didatangkan dalam kotak lakuer hitam yang unik.

Dibuat secara buatan tangan oleh Kiryu di Prefektur Niigata, pisau ini mempunyai bilah kiritsuke sepanjang 210mm dengan kemasan kuro zome (hitam) untuk potongan yang tajam dan bersih.

Rekaan pemegangnya, diperbuat daripada tanduk kerbau dengan penyambung merah, mencerminkan aksen merah pada edisi NISMO.

Kiryu – with knife
Satoshi Kiryu di bengkelnya dengan Pisau Sushi Ketepatan Z NISMO.

Kiryu, yang berasal dari keluarga tukang pisau sejak 1927, mereka bentuk pisau ini dengan mengambil inspirasi daripada bentuk Nissan Z yang ikonik.

Beliau juga seorang peminat lama model kereta Nissan Fairlady Z 240Z, sekali gus menjadikan projek ini sangat bermakna baginya.

Chef Hiro menekankan bahawa pisau ini bukan sekadar pisau dapur biasa tetapi dicipta khas untuk penyediaan sushi profesional.

Hanya 240 unit akan dikeluarkan sebagai penghormatan kepada model 240Z, dengan setiap pisau mempunyai nombor unik dan ukiran logo Z, tandatangan Chef Hiro, dan insignia Kiryu.

Nissan Hasilkan Pisau Sushi Diinspirasikan Dari Model Z NISMO

Pisau ini dijual pada harga $300.23 (~RM1,351) sebagai penghormatan kepada warisan perlumbaan Nissan yang boleh didapati secara eksklusif di laman rasmi NISMO Parts.

Nissan juga akan membuat sumbangan kepada Japan-America Society of Tennessee sebagai sebahagian daripada kolaborasi budaya ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Penyelidik Dedah Perbezaan & Kelebihan Utama Antara Bateri BYD Dan Tesla
  • Jom Belajar Surah Al-Fatihah Dengan Betul Dibantu AI Melalui Aplikasi Ini

Sumber: Nissan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY