Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Channel Kelak Boleh Pindah Milik

Diterbitkan Januari 19, 2024 · Dikemas kini Januari 19, 2024 oleh Amalina Athman

CEO Meta Mark Zuckerberg baru-baru ini mengumumkan sejumlah ciri baharu untuk WhatsApp Channel, termasuk nota suara, berbilang admin, undian dan sebagainya.

Terbaharu, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri untuk membolehkan pindah milik WhatsApp Channel.

Berkaitan

  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • Satu Lagi Ciri Seperti Telegram Kini Tersedia Di WhatsApp
  • Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS
  • WhatsApp Channel Bakal Hadir Dengan Ciri Baharu

Dalam perkongsian WABetaInfo, ia memaparkan tangkap layar dengan pilihan pindah milik WhatsApp Channel tersedia di bahagian tetapan saluran itu.

Melalui ciri ini, ia memberikan keupayaan kepada pemilik untuk memindahkan hak dan tanggungjawab pentadbiran dengan mudah kepada admin lain.

WhatsApp Channel Kelak Boleh Pindah Milik

Ciri ini mungkin berguna dalam situasi tertentu, terutamanya untuk pemilik WhatsApp Channel yang mengurus saluran menggunakan dua akaun WhatsApp yang berbeza.

Sebagai contoh, sekiranya WhatsApp Channel mempunyai semakin ramai pengikut, pemilik saluran mungkin ingin membuat akaun khusus untuk saluran tersebut bagi memisahkan komunikasi profesional dan peribadi. Atau contoh lainnya, pemilik asal tidak lagi ingin terlibat dengan saluran tersebut.

Dengan keupayaan ini, ia membolehkan peralihan yang cepat, mudah dan selamat antara akaun.

Buat masa ini, ciri pindah milik WhatsApp Channel masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY