Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Cara ‘Edit’ Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS

Ini Cara ‘Edit’ Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS

Diterbitkan Januari 12, 2024 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, pengguna iOS sedia boleh menghasilkan sticker atau pelekat di aplikasi WhatsApp melalui ciri drag & drop daripada galeri imej ke aplikasi itu.

Bagi menjadikannya lebih mudah, WhatsApp kini memperkenal ciri menghasilkan pelekat tanpa perlu meninggalkan aplikasi pemesejan itu.

Berkaitan

  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • Ini Cara Tetapkan 'Kod Rahsia' Untuk Kunci Sembang Di WhatsApp
  • Satu Lagi Ciri Seperti Telegram Kini Tersedia Di WhatsApp

Tidak hanya menghasilkan pelekat baharu, pengguna juga boleh edit atau sunting pelekat sedia ada dengan menambah teks, lukisan, emoji atau pelekat lain.

Ini Cara ‘Edit’ Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS

Ciri ini tersedia secara berperingkat untuk peranti iOS dengan sistem operasi iOS 17 dan terbaharu. Untuk mengetahui cara menghasilkan dan menyunting pelekat secara terus di aplikasi WhatsApp untuk iOS, teruskan bacaan selanjutnya.

Cara hasilkan pelekat daripada imej

1. Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke bahagian “Sticker”.

2. Tekan “Create your own sticker” atau ikon“+” . Seterusnya pilih mana-mana imej dalam galeri iPhone yang ingin dijadikan sebagai pelekat.

3. Sesuaikan pelekat dengan memilih potongan, teks dan sebagainya.

buat sticker whatsapp

4. Akhir sekali, tekan “Send”. Pelekat akan disimpan secara automatik setelah ia dihantar.

Cara sunting pelekat sedia ada

1. Buka bahagian “Sticker” dengan klik pada ikon di sebelah kotak teks.

2. Pilih mana-mana pelekat sedia ada dan tekan lama (long press) pada pelekat, kemudian klik “Edit Sticker”. Sesuaikan pelekat dengan tambah teks, lukisan, pelekat lain atau emoji.

edit sticker whatsapp_1

3. Tekan “Send”! Pelekat yang disunting akan disimpan baharu, sementara pelekat sedia ada akan dikekalkan.

Itu sahaja tips kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY