Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Channel Bakal Hadir Dengan Ciri Baharu

Diterbitkan Januari 15, 2024 · Dikemas kini Januari 15, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, WhatsApp telah memberikan peningkatan yang ketara dari segi penawaran ciri baharu. Antaranya termasuk penambahan Communities, Channel, perkongsian imej dan video beresolusi tinggi serta lain-lain.

Dalam perkembangan terbaharu, WhatsApp dilapor sedang menguji ciri perkongsian polls atau undian dalam Channel.

Berkaitan

  • WhatsApp Channel? Ini Maklumat Yang Anda Harus Tahu Tentangnya
  • 'Saluran WhatsApp' Kini Diguna Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Menurut WABetaInfo, ciri undian di WhatsApp Channel telah tersedia untuk beberapa pengguna yang memasang WhatsApp beta untuk iOS dan Android.

WhatsApp Channel Bakal Hadir Dengan Ciri Baharu
WhatsApp Channel Bakal Hadir Dengan Ciri Baharu

Seperti yang dikongsi dalam tangkap layar di atas, sebilangan penguji beta mempunyai keupayaan untuk menghasilkan undian di WhatsApp Channel. Sekiranya pengguna merupakan pemilik saluran, ciri ini boleh dilihat pada menu lampiran.

Semasa menghasilkan undian, pemilik saluran boleh menetapkan undian kepada pilihan berbilang jawapan atau mengehadkan kepada satu pilihan sahaja.

Sementara itu, bagi menjamin perlindungan dan kerahsiaan, tiada nama pengikut yang akan dipamerkan dalam undian tersebut. Sebaliknya, semua pengikut termasuk pemilik saluran hanya boleh melihat jumlah undian tanpa mengetahui nama pengundi secara spesifik.

Seperti biasa, buat masa ini ia hanya tersedia untuk sebilangan penguji beta yang memasang WhatsApp beta untuk iOS dan Android.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
©2026 WISER.MY