Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pindah Fail Video 4GB Dalam Masa 2 Saat Sahaja Dengan Storan Samsung Mudah Alih Terbaru Ini

Pindah Fail Video 4GB Dalam Masa 2 Saat Sahaja Dengan Storan Samsung Mudah Alih Terbaru Ini

Diterbitkan Oktober 6, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics mengumumkan barisan terbaharu storan mudah alih berprestasi tinggi siri-T, SSD T9 dengan reka bentuk bergaya dan mudah alih.

T9 dibina untuk memastikan data selamat semasa dalam perjalanan, memperkasakan pengguna dengan kelajuan pemindahan yang pantas dan storan yang mencukupi, serta menyediakan kebolehpercayaan dan kemudahan yang diperlukan.

T9 menawarkan kelajuan baca/tulis berurutan pada kelajuan maksimum 2,000 megabait sesaat (MB/s) menerusi antara muka USB 3.2 Gen 2×2. Ia kira-kira 2x lebih pantas daripada model sebelumnya T7, kelajuan tahap ini membolehkan pengguna memindahkan video HD penuh bersaiz 4 gigabait (GB) dalam hampir dua saat sahaja.

Pindah Fail Video 4GB Dalam Masa 2 Saat Sahaja Dengan Storan Samsung Mudah Alih Terbaru Ini
Saiznya yang padat, sama seperti saiz kad kredit, membolehkan ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

T9 hadir dalam tiga pilihan kapasiti berbeza iaitu 1-terabait (TB), 2TB dan 4TB dengan masing-masing berharga $139.99 (~RM661), $239.99 (~RM1,133) dan $439.99 (~RM2077).

Samsung Portable SSD T9 sudah pun tersedia kepada pengguna di seluruh dunia bermula 3 Oktober 2023.

(Beli produk asli Samsung di Shopee dan Lazada)

Berkaitan

  • HUAWEI Watch GT 4 Dilancar Bersama Watch Ultimate Design Dengan Harga RM13,999
  • HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition - Skrin Seperti Kertas, Harga RM2299
  • Samsung Umum Galaxy SmartTag2, Hayat Bateri Hingga 700 Hari

Sumber: Siaran media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY