Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Umum Galaxy SmartTag2, Hayat Bateri Hingga 700 Hari

Samsung Umum Galaxy SmartTag2, Hayat Bateri Hingga 700 Hari

Diterbitkan Oktober 6, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung telah mengumumkan peranti penjejak versi terbaru, Galaxy SmartTag2 yang membawa peningkatan pada barisan Galaxy SmartTag yang membolehkan cara baharu dan lebih baik untuk menjejaki barang berharga.

Galaxy SmartTag2 hadir dengan reka bentuk dan kebolehgunaan yang lebih baik berbanding versi peranti sebelum ini.

Anatar ciri baharu yang ada pada peranti penjejak ini adalah ciri Lost Mode2 yang s membolehkan pengguna memasukkan maklumat hubungan mereka melalui mesej.

Kemudian, sesiapa sahaja yang menemui item dengan Galaxy SmartTag2 boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk mengimbas teg dan melihat mesej pemilik serta maklumat hubungan.

Sebagai contoh, Galaxy SmartTag2 yang dilekatkan pada kolar haiwan peliharaan kini boleh memastikan nombor telefon pemilik haiwan kesayangan sentiasa ada. Mod Hilang (Lost Mode) berfungsi dengan mana-mana peranti mudah alih dengan pembaca NFC dan penyemak imbas sesawang.

Samsung Umum Galaxy SmartTag2, Hayat Bateri Hingga 700 Hari
Galaxy SmartTag2 kini mengekalkan hayat bateri lebih lama dengan Mod Penjimatan Kuasa serba baharu. yang mampu bertahan sehingga 700 hari. Malah dalam Mod Normal, hayat bateri kini dilanjutkan kepada 500 hari.

Galaxy SmartTag2 juga kini menyediakan ciri Compass View yang dipertingkatkan dengan menyediakan anak panah untuk menunjukkan arah dan jarak Galaxy SmartTag2 berhubung dengan pengguna.

Mod ini tersedia pada mana-mana telefon pintar Galaxy yang disokong UWB, seperti Galaxy S23 Ultra

Selain peranti, aplikasi SmartThings Find juga telah dinaik taraf seperti melancarkan SmartThings Find dengan lebih cepat, paparan peta skrin penuh dan antara muka intuitif.

Juga apabila menukar telefon pintar Galaxy, SmartTag2 kini secara automatik menyegerakkan semula telefon pintar Galaxy anda sekarang menggunakan akaun Samsung yang sama.

Galaxy SmartTag2 akan dilancarkan secara global pada 11 Oktober 2023.

Berkaitan

  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023
  • CelcomDigi & Boost Lancar Kad Prabayar Debit BNPL Patuh Syariah Pertama Di Malaysia
  • HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition - Skrin Seperti Kertas, Harga RM2299

Sumber: Siaran media Samsung

(Beli pelbagai produk Samsung dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY