Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition – Skrin Seperti Kertas, Harga RM2299

HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition – Skrin Seperti Kertas, Harga RM2299

Diterbitkan Oktober 5, 2023 · Dikemas kini Oktober 5, 2023 oleh ariff bukhari

Huawei hari ini melancarkan tablet terbaru HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition yang memberikan pengalaman menonton dan menulis seperti di atas kertas.

Ini termasuk perlindungan mata, penulisan pen di atas kertas dan kawalan sentuhan lancar, disokong oleh keupayaan mencatat nota yang diperkaya.

Didatangkan dengan reka bentuk ringan premium, HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan kadar segar semula 120Hz, kelajuan pemprosesan yang lancar dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 870 dan sambungan berkualiti.

HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition
HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition memenuhi keperluan pengkomputeran pelajar dan profesional.
HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition
HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition menyokong aksesori M-Pencil Gen-2 yang tersedia bersama peranti.
HUAWEI Microfiber
HUAWEI Microfiber turut disertakan bersama tablet ini.

HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition akan tersedia di seluruh negara mulai 5 Oktober 2023 pada harga RM2,299 di semua Kedai Pengalaman HUAWEI, laman Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee.

Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,496 termasuk HUAWEI M-Pencil, HUAWEI MatePad Detachable Smart Keyboard, HUAWEI Microfiber Polishing Cloth dan Perlindungan Skrin 6 bulan semasa pembelian.

Untuk lihat spesifikasi penuh HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition ini, layari laman rasmi Huawei Malaysia.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Siri Pixel 8 Rasmi - Sokongan Kemas Kini Sehingga 7 Tahun
  • Anda Pelanggan Unifi? Ini Cara Semak Kelayakan Naik Taraf Kelajuan Percuma

(Beli pelbagai produk Huawei dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY