Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Akan Pinda Akta, Bolehkan Wang Mangsa Scam Dipulangkan Lebih Awal

Kerajaan Akan Pinda Akta, Bolehkan Wang Mangsa Scam Dipulangkan Lebih Awal

Diterbitkan Mei 23, 2023 · Dikemas kini Mei 23, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian (scam) dipulangkan lebih awal kepada mangsa.

Berkaitan

  • Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023
  • Elak 'Scam', MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS - Teo
  • Maxis Tidak Benarkan Penghantaran 'Link' Dalam SMS Mulai Bulan Mei

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau memaklumkan sebanyak 3,595 kes bagi kesalahan penipuan dalam talian telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kerajaan setakat ini mendapat pulangan wang rampasan berjumlah RM34.8 juta.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan juga menambah dana bagi pengoperasian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebanyak RM10 juta bagi tahun ini menerusi Belanjawan 2023, serta penambahan jumlah pegawai sebagai langkah memperkasakan penguatkuasaan pusat respons berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY