Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elak ‘Scam’, MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS – Teo

Elak ‘Scam’, MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS – Teo

Diterbitkan April 2, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telco) agar melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Berkaitan

  • Senarai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Diumumkan Setakat Ini - Unifi, YTL, Time
  • MILO Nafi Tawar Hadiah Wang Tunai, Jangan Klik Pautan Yang Diragui
  • Pakej Unifi Tanpa Had Hanya RM69 Sebulan: Jimat RM480 Selama 2 Tahun

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching menegaskan, arahan berkenaan dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa ‘scam’ atau penipuan dalam talian.

Beliau menyatakan, banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Lanjutan itu, Teo menjelaskan arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan menjangkakan syarikat yang terlibat dapat melaksanakannya dalam masa yang terdekat.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY