Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017 – Fahmi Fadzil

Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023

Diterbitkan Mac 23, 2023 oleh ariff bukhari

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat memaklumkan, lebih daripada 1,700 kes aduan panggilan scammer telah diterima pada bulan Januari dan Februari 2023 sahaja.

Beliau berkata, menurut Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ia telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM27 juta.

MyCERT 2023

Beliau juga menyatakan, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Cyber Security Malaysia (CSM), berlaku hampir 800,000 cubaan serangan telah direkodkan antara dari tahun 2017 sehingga 2021.

Peruntukan kepada CSM telah meningkat daripada RM9 juta pada 2022 kepada RM23 juta tahun ini.

Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan lalu juga mengumumkan, NSRC telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta oleh Kerajaan bagi tujuan mengukuhkan peranannya dalam usaha menangani isu scam yang semakin berleluasa.

Berkaitan

  • Microsoft, Google Dan Apple Sasaran Utama Penggodam Pada 2022
  • Rakyat Malaysia 'Terpaksa' Bayar Lebih Untuk Pelan Internet, Thailand Lebih Berpatutan
  • Tiga Kementerian Akan Bincang Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Ke Lebuhraya PLUS

Sumber: BERNAMA, MyCERT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY