Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘SMS Pertama Di Dunia’ Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta

Maxis Tidak Benarkan Penghantaran ‘Link’ Dalam SMS Mulai Bulan Mei

Diterbitkan April 29, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Maxis menjadi telco terawal yang mengharamkan pautan (link) dalam SMS selepas diarahkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital awal April lalu.

Ia akan dilaksanakan bermula 2 Mei 2023.

Ini bermakna anda bukan saja tidak akan menerima SMS yang terdapat kandungan URL dalamnya, malah juga tidak boleh menghantarnya kepada orang lain.

tng ewallet sms scam

Sekatan URL dalam SMS ini dilaksanakan secara berperingkat dan dimulakan terhadap individu terlebih dahulu.

Bagi perniagaan seperti dihantar melalui 6XXXX, 2XXXX and 1XXXX, ia akan dilaksanakan selepas ini dan maklumat lanjut berkenaannya akan dikongsikan Maxis.

Tujuan sekatan ini adalah untuk mengelakkan anda daripada terjerat dalam perangkap penipu yang menghantar pautan palsu untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

tng ewallet scam sms

Antara contoh scam yang sudah banyak kali berlaku ialah dengan meminta pengguna membuka pautan dihantar untuk diagihkan bantuan kerajaan, hadiah daripada Touch ‘n Go, rebat TNB, berkaitan CIMB Bank dan lain-lain lagi.

Pautan tersebut kelak akan membawa pada halaman yang nampak seolah-olah laman web sebenar daripada syarikat tersebut tapi sebenarnya palsu.

Berkaitan

  • Ini Senarai Pautan 'Scam' Dan Cara Ketahui SMS Daripada 'Scammer' Atau TNG eWallet
  • Isu 'Scam' Berleluasa, Bank Negara Keluarkan 5 Arahan Pada Semua Bank
  • Pastikan Ada 4 Butiran Maklumat Ini Jika Anda Mangsa Scam
  • MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan 'Scam' Sejak 2017 - Fahmi Fadzil

Matlamatnya ialah untuk dapatkan data seperti nombor kad debit/kredit anda.

Oleh kerana ia merupakan arahan daripada pihak berkuasa, maka syarikat telekomunikasi lain juga akan melakukan perkara sama walaupun tiada pengumuman lagi daripada mereka.

Sumber: Maxis, SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY