Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PICO XR Lancar Cabaran Kecergasan VR Pertama Di Malaysia

PICO XR Lancar Cabaran Kecergasan VR Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Julai 21, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh Amsyar Latif

PICO XR melancarkan PICO Fitness Challenge pertama mereka, berlangsung dari 1 hingga 30 Ogos 2025 di Jepun, Korea, Malaysia dan Thailand. Menggunakan PICO 4 Ultra bersama aplikasi Les Mills XR Dance, cabaran ini menggalakkan peserta untuk bersenam dari rumah secara interaktif dan menyeronokkan.

Peserta akan menerima akses sementara ke Les Mills XR Dance dan perlu log senaman mingguan melalui laman rasmi cabaran. Kemajuan akan dipantau setiap minggu melalui gambar dan statistik. Carta kedudukan interaktif akan memaparkan ranking dan motivasi peserta.

Tiga kategori pertandingan ditawarkan dengan hadiah menarik:

Kategori 1: Kalori terbakar terbanyak
Kategori 2: Masa permainan aktif terbanyak
Kategori 3: Perkongsian diet sihat terbaik di Facebook

Hadiah setiap kategori:

  • Juara: RM1,200
  • Naib Juara Pertama: RM850
  • Naib Juara Kedua: RM420

Semua peserta sah juga akan menerima baucar diskaun 30% untuk Les Mills XR Dance selepas tamat cabaran.

Cabaran ini terbuka untuk pendaftaran sehingga 27 Julai 2025 jam 11.59 malam.

Berkaitan

  • (Ulasan) Pico 4 Ultra - Realiti Maya Yang Makin Real
  • PICO Umum Integrasi GeForce NOW Untuk Pengalaman 'Gaming' Premium Di VR
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY