Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) Pico 4 Ultra – Realiti Maya Yang Makin Real

(Ulasan) Pico 4 Ultra – Realiti Maya Yang Makin Real

Diterbitkan Disember 6, 2024 oleh Rushsyafizal

Ringkasan Ulasan: Pico 4 Ultra

Wiser memberi Pico 4 Ultra skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM2,799 semasa ulasan ini diterbitkan pada 6 Disember 2024.

Produk Pico 4 Ultra
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM2,799
Diulas oleh Rushsyafizal
Tarikh ulasan 6 Disember 2024

Kelebihan

  • Skrin berkualiti tinggi dengan imej jelas
  • Ringan dan selesa untuk penggunaan panjang
  • Pengecasan pantas dengan pengecas 45W

Kekurangan

  • Tidak berbaloi untuk dinaik taraf bagi pengguna Pico 4
  • Sokongan aplikasi dan permainan terhad
  • Permainan mahal

Beli di: Shopee · Lazada

Selepas dua tahun melancarkan Pico 4, Pico kini memperkenalkan Pico 4 Ultra. Set kepala realiti campuran baharu yang menjanjikan pengalaman lebih mengasyikkan berbanding model terdahulu dengan harga RM2,799.

Rekaan

(Ulasan) Pico 4 Ultra – Realiti Maya Yang Makin Real

Pico 4 Ultra hadir dengan skrin 2.56 inci 2K (2160 × 2160) untuk setiap mata, menyokong kadar penyegaran 90Hz dan menggunakan lensa pancake yang memastikan imej lebih jelas. Dikuasakan cip Snapdragon XR2 Gen 2 bersama RAM 12GB LPDDR5 dan storan 256GB UFS 3.1, prestasinya sangat lancar untuk kesemua aplikasi dan permainan selama penggunaan saya.

Tambahan kamera berwarna 32MP membolehkan ciri paparan tembus (passthrough) yang lebih realistik, manakala bateri 5700mAh memberikan sehingga 4 jam untuk penggunaan ringan.

_____

[specs]

Skrin: 2x Skrin 2.56″, 2160 × 2160, 1200 PPI, 90Hz, Lensa pancake,Jarak anak mata boleh-suai 58mm – 72mm

Cip Pemproses: Snapdragon XR2 Gen 2 (4nm)

Memori/Storan: 12GB, LPDDR5 256GB, UFS 3.1

Sensor/Kamera: 2x 32MP, kamera berwarna 1x iToF, sensor kedalaman, 4x kamera penjejakan persekitaran

Audio: 2x pembesar stereo, 4x mikrofon, rakaman spatial

Sambungan: Wi-Fi 7

Bluetooth: 5.3

Bateri peranti: 5700mAh QC 4.0 / PD 3.0, 45W

Bateri alat kawalan: 2x Bateri AA

[/specs]

Pengalaman Penggunaan

WhatsApp Image 2024-12-06 at 3.40.04 PM (2)

Sistem operasi Pico OS 5.11.1.U berasaskan Android 14 menawarkan antara muka mesra pengguna. Kawalan gestur menggunakan jari sangat responsif, dan ciri AI-generated virtual spaces menambah variasi pada bilik maya anda.

Selain itu, penjejakan kaki dengan Pico Motion Tracker menjadikan pengalaman permainan lebih imersif.

Pico OS 5.11.1.U membawakan antara muka yang sangat mudah untuk digunakan dan difahami walaupun anda pertama kalinya mencuba peranti kepala ini.

WhatsApp Image 2024-12-06 at 3.40.05 PM (1)
WhatsApp Image 2024-12-06 at 3.40.05 PM

Bagi kawasan akses main Pico 4 Ultra ini, ia dilengkapi penjejakan lantai dan dinding serta objek yang ada berdekatan seperti kerusi ataupun meja untuk tujuan keselamatan.

Pico 4 ultra ini juga dapat mengesan mod permainan anda seperti dalam keadaan berdiri mahupun duduk. Ciri ini membolehkan anda bermain dengan santai dan lebih mesra pengguna. Bagi saya ciri ini juga membolehkan orang kurang upaya dan kelainan upaya merasai pengalaman bermain permainan dalam set kepala ini.

WhatsApp Image 2024-12-06 at 3.40.04 PM
WhatsApp Image 2024-12-06 at 3.40.04 PM (1)
WhatsApp Image 2024-12-06 at 3.40.06 PM

Selama sebulan menggunakan Pico 4 Ultra ini, saya merasai dunia hiburan saya telah lengkap. Sebagai sorang pekerja saya tidak dapat meluangkan begitu banyak terhadap permainan sukan secara realiti.

Namun dengan adanya set kepala ini saya dapat mengubati rasa rindu saya terhadap permainan bola tampar yang saya sangat gemari suatu ketika dahulu.

Walaupun ia masih memberikan paparan kartun 3D terhadap permainan, akan tetapi terdapat juga permainan seakan dunia realiti seperti permainan memancing.

Bagi saya dengan penambahbaikkan paparan imej serta keselesaan terhadap permakaian set kepala ini dapat menarik hati para pemancing yang sudah mempunyai komitmen seperti isteri dan anak bermain permainan ini untuk melepaskan rindu kerana peranti versi terbaharu ini boleh dimainkan dalam jangka masa panjang tanpa mendatangkan kesan negatif seperti sakit kepala dan mata.

(Ulasan) Pico 4 Ultra – Realiti Maya Yang Makin Real

Bukan itu sahaja, Dengan kemudahan Sistem operasi Pico OS 5.11.1.U berasaskan Android 14 serta gabungan pelaras kepala yang fleksibel menjadikannya sesuai digunakan untuk layan filem atau drama sambil berbaring. Pada dasarnya paparan yang diberikan sama seperti anda sedang menonton di panggung wayang.

Aksesori

(Ulasan) Pico 4 Ultra – Realiti Maya Yang Makin Real
(Ulasan) Pico 4 Ultra – Realiti Maya Yang Makin Real
(Ulasan) Pico 4 Ultra – Realiti Maya Yang Makin Real

Setiap pembelian Pico 4 Ultra hadir dengan 1x set kepala, 2x alat kawalan dan 2x sensor kaki yang menggunakan bateri AA, 1x kabel USB-C serta 1x pengecas 45W. Beberapa dokumen keselamatan dan panduan turut disertakan.

Alat kawalan serta pekakas lain boleh dikatakan berada pada kualiti yang baik. Di mana material plastik pada setiap butang, cengkaman pengengam selesa dan tidak cepat membuatkan tangan berpeluh.

Kesimpulan

Pico 4 Ultra adalah pilihan menarik untuk mereka yang serius dengan platform realiti campuran. Namun, bagi pengguna yang sudah memiliki set kepala sebelum ini, naik taraf mungkin tidak berbaloi.

Berkaitan

  • (Ulasan) iPhone 15 Pro - Cerita Sebenar Yang Disembunyikan
  • (Ulasan) Bowers & Wilkins Pi8 - Sistem Audio Kereta Mewah Di Telinga Anda
  • Pengalaman Awal ‘Gaming’ Dengan realme GT 7 Pro
  • (Ulasan) HMD Skyline - Mengimbau Kenangan Nokia Lumia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY