Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PICO GeForce

PICO Umum Integrasi GeForce NOW Untuk Pengalaman ‘Gaming’ Premium Di VR

Diterbitkan Januari 16, 2025 ยท Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh Amsyar Latif

PICO telah pun mengumumkan integrasi platform permainan awan NVIDIA GeForce NOW pada semua set kepala PICO, termasuk PICO 4 Ultra, di CES 2025. Dengan integrasi ini, pengguna PICO dapat mengakses perpustakaan besar permainan AAA tanpa memerlukan TV atau komputer.

GeForce NOW ialah perkhidmatan permainan awan yang menstrim permainan dari pelayan GeForce RTX terus ke peranti melalui Wi-Fi 7. Bermula akhir Januari 2025, pengguna PICO boleh menikmati permainan sehingga resolusi 1440p tanpa memerlukan PC.

PICO juga menyokong pengawal Bluetooth seperti Xbox, PlayStation, Switch, dan Razer, membolehkan pengalaman permainan lebih fleksibel.

Dengan teknologi NVIDIA DLSS dan sambungan Wi-Fi 7 PICO 4 Ultra, permainan akan menjadi lebih lancar dengan visual HD yang jelas.

Aplikasi GeForce NOW boleh dimuat turun dari PICO Store, dengan pilihan keahlian seperti Day Pass, pelan 1 bulan, atau 6 bulan. Keahlian Performance berharga $9.99 sebulan memberikan akses ke pelayan GeForce RTX dengan teknologi DLSS. Keahlian Ultimate pula berharga $19.99 sebulan, menawarkan pengalaman penstriman terbaik dengan pelayan RTX 4080, kadar bingkai tertinggi, dan latensi terendah.

Menurut Phil Eisler, VP GeForce NOW di NVIDIA, “Integrasi GeForce NOW dengan PICO membawa visual AAA yang menakjubkan dan prestasi rendah latensi kepada pemain VR. Kolaborasi ini menetapkan standard baru untuk hiburan masa depan.”

Integrasi ini menandakan langkah besar PICO dalam mempertingkatkan pengalaman permainan, menjadikan set kepala PICO destinasi utama untuk hiburan imersif.

Berkaitan

  • PICO 4 Ultra Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • 78% Pekerja Nvidia Sekarang Dilaporkan Sudah Jadi Jutawan
  • CEO Nvidia Pertahankan Harga Tinggi Kad Grafik RTX 5090

Sumber: Siaran media PICO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY