Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PICO 4 Ultra

PICO 4 Ultra Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas dilancarkan di China bulan lalu, set kepala realiti maya (VR) terbaru PICO 4 Ultra hari ini dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasminya diumumkan RM2,799.

PICO 4 Ultra menerima naik taraf dari model biasanya di mana ia dipacu cip Qualcomm Snapdragon XR Gen 2, 12GB RAM dengan storan 256GB.

Selain itu, peranti ini juga menawarkan sepasang paparan 2.56 inci yang memaparkan resolusi 2,160 x 2,160 piksel setiap mata lensanya dengan kadar segar semula 90Hz dan medan pandangan (FoV) 105° × 105° dan 20.6 piksel setiap darjah (PPD).

Harga PICO 4 Ultra
PICO 4 Ultra
PICO 4 Ultra controller

PICO juga telah menambah baik kapasiti bateri kepada 5,700 mAh serta menyokong pengecasan 45W, ditambah pembesar suara stereo dan 4 mikrofon serta kamera 32MP.

PICO 4 Ultra boleh di pra tempah bermula dari 4 hingga 8 September 2024 di mana pembeli awal akan turut menerima  hadiah percuma bernilai RM491.99 termasuklah PICO motion tracker yang berharga RM399 dan All-in-One Sports VR berharga RM92.99.

PICO motion tracker 

Beli barisan produk VR PICO dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clln7mj
  • Lazada – https://invol.co/clln7mp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY