Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rtx 5090

CEO Nvidia Pertahankan Harga Tinggi Kad Grafik RTX 5090

Diterbitkan Januari 15, 2025 ยท Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Nvidia baru-baru ini melancarkan siri kad grafik RTX 50 yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan prestasi luar biasa.

Namun, perhatian ramai tertumpu kepada harga RTX 5090, model tertinggi dalam siri ini, yang dijual pada harga bermula RM10,390 (Founders Edition).

Harga ini adalah dua kali ganda daripada RTX 5080, yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pengguna.

CEO Nvidia, Jensen Huang, mempertahankan harga tinggi tersebut dengan menyatakan bahawa kad grafik ini ditujukan kepada pengguna premium yang mahukan prestasi terbaik tanpa kompromi.

Sebabnya mudah. Bila seseorang mahukan produk terbaik, mereka pasti akan pilih yang terbaik. Pasaran pun tak begitu berpecah-pecah. Peminat tegar, kalau mereka nak yang terbaik, mereka takkan pilih sesuatu yang hanya “sedikit lebih baik” atau jimat RM100 dengan beli yang kurang bagus. Mereka hanya nak yang terbaik, titik.

Menurut beliau, kad grafik seperti RTX 5090 direka untuk melengkapkan sistem PC berprestasi tinggi yang biasanya bernilai sekitar $10,000 termasuk monitor dan sistem bunyi.

Tambahan pula, RTX 5090 menawarkan spesifikasi canggih seperti 32GB memori GDDR7, 21,760 teras CUDA, dan teknologi Multi Frame Generation yang mampu meningkatkan prestasi rendering sehingga lapan kali ganda.

Walaupun harga tinggi ini dianggap kontroversi, Huang yakin ia sepadan dengan teknologi dan keupayaan luar biasa yang ditawarkan oleh RTX 5090. Beliau juga percaya bahawa pengguna premium akan menghargai nilai yang dibawa oleh kad grafik ini dalam melengkapkan pengalaman PC mereka.

Bagi anda pula yang merupakan peminat serta ‘team hijau’, adakah anda bersetuju dengan jawapan yang diberikan CEO Nvidia?

Sumber: yunze

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Kad Grafik NVIDIA Siri RTX 50 Rasmi, Peningkatan Prestasi Ketara
  • Kereta Generasi Baharu Toyota Akan Dilengkapi Superkomputer Dan Sistem AI Nvidia
  • 78% Pekerja Nvidia Sekarang Dilaporkan Sudah Jadi Jutawan

Terbaru

  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
©2026 WISER.MY