Petunjuk Awal Mengenai Kapasiti Bateri iPhone 12

Kapasiti bateri dan iPhone cukup sinonim menjadi buah mulut peminat-peminat telefon pintar. Ini kerana ia hadir dengan kapasiti lebih rendah berbanding peranti-peranti Android yang berada dipasaran.

Melalui pengenalan siri iPhone 11, Apple telah memuatkan kapasiti bateri lebih besar berbanding model-model sebelumnya. Sudah pasti pengguna mahu pengeluar tersebut meneruskan penawaran sedemikian untuk keluaran akan datang.

Namun melalui laporan MySmartPrice telah memperlihatkan informasi berkaitan dengan kapasiti bateri dan ia dikaitkan dengan iPhone 12. Ia diperolehi daripada pangkalan data badan pensijilan China (CCC), Korea Selatan (Safety Korea Certification) dan Denmark (UL Demko).

Menuruti laporan tersebut, bateri itu tampil dengan nombor model...

  • A2471 (2227mAh) - "iPhone 12 5.4 inci"

  • A2431 (2775mAh) - "iPhone 12 Max 6.1 inci"

  • A2431 (2775mAh) - "iPhone 12 Pro 6.1 inci"

  • A2466 (3687mAh) - "iPhone 12 Pro Max 6.7 inci"


Sebagai perbandingan dengan model terdahulu...

  • iPhone 11 (3110mAh)

  • iPhone 11 Pro (3046mAh)

  • iPhone Pro Max (3969mAh)


Selain dari data pensijilan bateri, turut dikesan adalah pengecas 20W. Ini sedikit sebanyak selari dengan khabar angin sebelum ini. Selain itu penyenaraian juga memperlihatkan penggunaan USB-C.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, ia mungkin akan menghampakan sesetengah daripada kita yang mungkin mengharapkan kapasiti lebih besar pada iPhone generasi terbaru. Adakah Apple mempunyai jalan penyelesaian untuk memberikan prestasi bateri lebih baik dengan kapasiti tersebut? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: MySmartPrice