Hampir Ditipu Ketika Beli Barang Dari Shopee, Lelaki Ini Kongsikan Taktik Penipuan Peniaga Tidak Bertanggungjawab

*Artikel ini diterbitkan ke Wiser.my dengan kebenaran dari sumber asal.

*Kemaskini (27 Februari 2019) - Shopee keluarkan kenyataan media berkenaan isu ini

Antara kemudahan yang boleh kita nikmati dalam era moden ini adalah membeli-belah secara dalam talian. Tidak perlu hadir secara fizikal dan terdapat banyak promosi harga jualan.

Namun begitu, apabila tidak berhati-hati mungkin kemudahan ini boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Antara platform beli-belah dalam talian popular digunakan rakyat Malaysia adalah Shopee. Berdasarkan perkongsian Facebook oleh Faiz Zarizi, beliau mengesan taktik penipuan terbaru dari peniaga tidak bertanggungjawab di Shopee.

TAKTIK TERBARU SCAMMER SHOPEE

1. Benda ni real. Sebab jadi kat aku sendiri. Nak jadikan cite aku memang tengah nak cari TV baru. Sekali ternampak plak iklan kat Shopee TV Haier 65” Smart Android - RM1499.17. Halfprice kot. Kat Giant harga dia RM2999.



2. Dengan penuh rasa excited aku pun terus beli walaupun aku tau seller ni baru create account 9days ago time tu, and takde lagi customer feedback or rating for the product. Aku pikir positif, maybe seller ni buat clearance stock. Sapa cepat dia dapat.


3. Esoknya tiba2, aku dapat whatsapp dari seller. Benda ni tak pelik lagi. Sebab mmg seller boleh dapat info phone number ngan email kita. Seller ni cakap, barang dah siap pack and ready to ship. But before that, dia nak verify aku dulu.



4. Dia cakap lepas ni aku akan dapat SMS verification code dari shopee, and i need to give him the code. DAMN. Macam real gila sebab aku memang dapat SMS dari shopee number 63360 tu. Of course la aku tak bagi, sebab sepanjang aku duk membeli belah kat shopee tak penah lagi la seller request macam ni.



5. Sebab dah ada transaction tolak dari credit card, aku terus request nak refund. Kalau kat shopee, dorang pakai system, selagi customer tak received barang untuk certain time, selagi tu dorang tak release payment kat seller. Kira kita ada masa untuk request refund/return kalau barang tak sampai atau rosak.

6. FYI, biasa kita dapat SMS verification code dari Shopee ni untuk request tukar password atau time kita first time login new browser. Kau bayangkan la kalau aku bagi verification code tu. Dia hijack account aku pastu click “order received”, shopee release payment ke dia. Takpun dia amik details credit card kita ke.

7. Aku dah call shopee, apa action patut aku atau dorang buat kat seller macam ni. Sebab aku taknak orang lain terkena, especially first time user ke. Shopee suruh aku report (nanti aku ajar step) pastu nanti dorang take action. Aku terus report, tapi macam takde action apa, seller tu still wujud. Esoknya aku call lagi, baru dorang remove seller tu.

NEW UPDATE.

- Aku baru check kat shopee. Seller tu create account baru. Sebab aku ingat lagi lasti time dia pakai username “electronicplaza227”. Ini yang baru dia pakai username “plazaelektronik227”.

- Korang check la sendiri. Tapi jangan pi beli plak.

https://shopee.com.my/Haier-Smart-4K-Ultra-HD-65-Inch-TV-(LE65U6600U)-i.127542770.1937788215?fbclid=IwAR0F8NtLwIcb40Kg6hAttcE1HiKp4F68NHRP5c5Rh8uE26lz8WAvl_WnXmk

Berdasarkan pautan yang diberikan diatas, paparan produk terbabit sudah dibuang laman Shopee.

SMS yang diberikan oleh pihak Shopee juga sudah jelas menyebut supaya tidak memberikan kod ini kepada individu lain dalam apa jua keadaan sekalipun.


Diharapkan dengan perkongsian oleh Faiz Zarizi, anda lebih berwaspada dalam urusniaga secara dalam talian.

Fahami dan turuti setiap tatacara pembelian/pembayaran/pembatalan yang disediakan platform beli-belah, dan teliti maklumat berkaitan peniaga, barangan yang dijual, serta maklum balas tentang produk.

Suka diingatkan kepada anda, jangan sesekali buat bayaran diluar platform dan teliti adakah tawaran yang dipaparkan itu benar ataupun "too good to be true".

Baca juga - Tak Mahu Ditipu Ketika Membeli Barangan Di Lazada? Kenal Pasti Beberapa Perkara Penting Berikut