Ming-Chi Kuo - Pengecas 20W iPhone 12 Dijual Berasingan, Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak

Minggu ini kita dikejutkan dengan beberapa laporan mengenai iPhone 12 iaitu maklumat sokongan pengecasan pantas 20W dan yang terbaharu tiada pengecas yang akan disertakan dalam kotak.

Terkini dari penganalisis Apple terkenal Ming-Chi Kuo. beliau telah mengesahkan maklumat sebelum-sebelum ini dan menambah beberapa info terbaharu mengenainya. Menurutnya, pengecas 20W yang tular sebelum ini adalah sahih dan sememangnya ditujukan untuk iPhone 12.

Namun, ia akan dijual berasingan dan tambahannya Apple tidak akan menyertakan langsung sebarang pengecasan di dalam kotak pembelian iPhone 12. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi ura-ura sebelum ini.

Apple juga dikatakan akan menghentikan penghasilan pengecasan 5W dan 18W hujung tahun ini untuk memberi laluan kepada pengecas 20W yang baharu. Ini bermakna pengguna harus mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk mengecas peranti (untuk pengguna iPhone baharu).

Harga penghasilan iPhone 12 adalah lebih tinggi disebabkan sokongan teknologi 5G. Namun, Apple dijangka tetap menjualnya dengan harga lebih kurang seperti siri iPhone 11. Antara perkara yang dilakukan oleh Apple untuk memastikan harga jualan yang 'rendah' adalah dengan tidak menyertakan EarPods dan juga pengecasan.

Kebanyakan laporan dan maklumat sahih mengenai iPhone adalah datangnya dari Ming-Chi Kuo. Jika benar iPhone 12 tidak lagi menyertakan pengecasan dalam kotak pembelian, apa pula pendapat anda?

Sumber: MacRumors

Beli iPhone di:



Lazada (https://invol.co/clpq2k)

Berkaitan