Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lazada Mungkin Menawarkan Penjualan Kereta

Lazada Mungkin Menawarkan Penjualan Kereta

Diterbitkan November 29, 2017 ยท Dikemas kini November 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sebagai salah satu platform beli-belah dalam talian popular di Malaysia, Lazada sudah semestinya menjadi perhatian dalam kalangan pembeli tempatan dalam berbelanja. Pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dari perkakasan elektronik, perabot, gajet hinggalah ke barangan dapur.

Namun kini, laman e-Dagang tersebut dilihat memaparkan iklan kereta bagi jenama Volkswagen Beetle yang dipercayai akan dijual bersempena Online Revolution 12 Disember nanti. Berdasarkan paparan, sebanyak 12 buah Volkswagen Beetle edisi terhad yang akan ditawarkan dengan harga RM112,112, iaitu 18% lebih rendah berbanding harga pasaran.

Lazada Mungkin Menawarkan Penjualan Kereta

Antara model-model yang ditawarkan adalah Herbie 53 warna putih dan perak, serta Hot Bug. Selain daripada itu, masih tidak dinyatakan maklumat lengkap tentang cara pembelian yang lebih jelas.

Lazada Mungkin Menawarkan Penjualan Kereta

Sumber: Lazada Malaysia via Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY