Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VivoBook 14_X413_Product Photo_All colors_01

ASUS VivoBook Sudah Mula Ditawarkan Pada Harga RM2899

Diterbitkan September 22, 2020 · Dikemas kini September 22, 2020 oleh Helmi Samsuri

ASUS Malaysia semalam telah rasmi mengemaskini penawaran VivoBook terbaru untuk pasaran tempatan. Tambah baik datang pada model ini terdiri daripada perkakasan dan ciri lain.

VivoBook 14_X413_Product Photo_All colors_02

Diletakkan pada harga RM2899, ASUS VivoBook hadir dengan berat sekitar 1.4kg dan setebal 19.9mm. Paparan 15.6 inci dikelilingi bezel 5.7mm dan beresolusi Full HD.

VivoBook 14_X413_Product Photo_1B_ Cobalt Blue_05_Non-Fingerprint

Menguasakan dari dalam adalah cip generasi ke-10 i5-10210U digandingkan bersama GPU NVIDIA GeForce MX330, RAM 4GB dan storan M.2 SSD 512GB. Sebelah sisi laptop ditempatkan dengan 1x USB-C 3.2, 1x USB-A 3.2, 2x USB 2.0, 1x HDMI dan slot kad MikroSD.

VivoBook 14 turut dimuatkan dengan bateri 42WHr dan mempunyai tiga pilihan warna iaitu Dreamy White, Cobalt Blue, serta Bespoke Black.VivoBook 14_X413_Product Photo_All colors_01

Ia boleh didapati dari semua pengedar sah ASUS Malaysia serta platform dalam talian seperti Lazada dan Shopee. Bagi 30 pembeli terawal di Lazada dan Shopee., baucar Grab RM100 akan diberikan secara percuma dimana promosi ini akan tamat pada 27 September depan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY