Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nova 5i pro

Imej Rekaan Nova 5i Pro Perlihatkan 4 Kamera Belakang

Diterbitkan Jun 25, 2019 oleh Helmi Samsuri

Siri Nova 5 dari Huawei baru sahaja diumumkan tempoh hari dengan menampilkan tiga model untuk pertaruhan bagi tahun ini. Tidak lama selepas itu, satu perkhabaran menyusul memperlihatkan imej rekaan yang didakwa sebagai Nova 5 Pro.

Menurut imej yang dikongsikan oleh  @evleaks, Nova 5i Pro bakal dilengkapi dengan tetapan 4 kamera pada bahagian belakang serta mempunyai sesnsor pengimbas cap jari dibahagian bawah panelnya.

Imej Rekaan Nova 5i Pro Perlihatkan 4 Kamera Belakang

Tidak seperti model dalam keluarga Nova 5 yang lain, susun atur kamera bagi versi ini dibuat secara petak. Panel hadapan pula didatangkan dengan skrin punch hole, bagi mengisi kamera selfie tetapi belum dapat dipastikan jenis sensor yang akan digunakan.

Di sekitar peranti kelihatan butang kuasa pada sisi kanan diiringi butang pelaras kelantangan bunyi serta dibawahnya terdapat bicu audio 3.5mm. Spesifikasi lengkap tidak diketahui lagi tetapi membawa nama “Nova 5i Pro”, ia mungkin hadir dengan tetapan lebih baik berbanding Nova 5i.

Sumber: @evleaks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY