Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Lebih Kecil, Lebih Murah Akan Dihasilkan Seawal Februari Ini

iPhone Lebih Kecil, Lebih Murah Akan Dihasilkan Seawal Februari Ini

Diterbitkan Januari 22, 2020 oleh Helmi Samsuri

Puas sudah kita membaca perkhabaran mengenai Apple yang mahu mengeluarkan sebuah model dengan rekaan lebih kecil berbanding model sedia ada.

Tidak kiralah apa nama yang akan dipasarkan sekalipun, sama ada iPhone SE 2 atau iPhone 9, peranti bersaiz kecil dan lebih murah itu dikatakan bakal dihasilkan seawal Februari ini.

Dikhabarkan akan mempunyai skrin paparan 4.7 inci dengan rekaan sama seperti iPhone 8, peranti akan datang ini juga mungkin dikuasakan dengan cip A13. Ciri lain yang turut dijangka hadir sama melalui penawaran itu adalah ciri Touch ID yang sudah tidak kelihatan sejak iPhone 10 lagi.

Berkenaan harga pula, berkemungkinan besar akan diletakkan pada nilai yang lebih rendah iaitu sekitar $399, berdasarkan khabar angin sebelum ini. Apple mungkin mengambil langkah menawarkan peranti pada harga lebih murah. Ini telah dibuktikan melalui iPhone 11 yang dijual pada harga permulaan $50 lebih rendah berbanding paras harga biasa yang mereka letakkan pada model-model lain.

Kita boleh menjangkakan lebih banyak lagi informasi lanjut mengenai model terbaru Apple ini memandangkan bulan Februari bakal menjelma tidak lama lagi.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY