Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman Web “sonymobile.com” Sudah Tiada Lagi

Laman Web “sonymobile.com” Sudah Tiada Lagi

Diterbitkan Februari 21, 2020 oleh Helmi Samsuri

Persaingan dalam pasaran telefon pintar sememangnya sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada syarikat yang kekal diatas, ada yang baru menjengah masuk terus mendapat perhatian dan ada juga yang semakin suram.

Salah satu jenama yang kurang mendapat perhatian akhir-akhir ini adalah Sony yang cukup popular dengan peranti Xperia. Terbaru, laman web “sonymobile.com” yang khusus untuk memaparkan barisan model telefon pintar sudah tiada lagi. Pautan tersebut akan terus membawa pengunjung kepada laman web “sony.com”.

Screenshot 2020-02-21 at 6.52.35 PM

Informasi untuk setiap model telefon pintar kini hanya diakses daripada bahagian Electronics >Mobile pada laman utama Sony tersebut.

Penutupan laman web bagi peranti mudah alih itu dibuat tanpa sebarang pengumuman namun tidak mengejutkan. Ini kerana kita sedia melihat petanda fokus Sony pada pasaran telefon pintar tidak lagi seperti dahulu.

Selain itu, Sony juga sudah mengesahkan bahawa mereka akan menutup forum Official Xperia Support serta menamatkan Sony Mobile Communications AB, perniagaan mudah alih yang berpangkalan di Eropah.

Sumber: Xperia Blog

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY