Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah

Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah

Diterbitkan Disember 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Perancis dilapor bakal mengharamkan penggunaan telefon pintar oleh pelajar di sekolah bermula September 2018. Pelajar sekolah yang berusia 15 tahun kebawah dilarang sama sekali daripada menggunakan telefon pintar ketika waktu rehat, makan tengahari, ataupun ketika waktu pertukaran subjek.

Menurut Menteri Pendidikan Perancis, Jean-Michel Blanquer, pelajar kini tidak lagi bermain pada waktu rehat. Mereka hanya duduk menggunakan telefon pintar dan apabila dilihat daripada sudut pendidikan, ia sesuatu yang bermasalah.

Kajian mendapati sesetengah pelajar masih menggunakan peranti pintar walaupun kelas sudah bermula, ia boleh menganggu tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Manakala di Malaysia, Kementerian Pendidikan membenarkan penggunaan peranti pintar seperti komputer riba dan tablet di sekolah kecuali telefon pintar kerana ia dikhuatiri akan menghilangkan fokus pelajar.

Sumber: Quartz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY